Sabtu, 18 Jun 2011

Cer cite @ Hotfm

Assalammualaikum...

Selamat hujung minggu kawan2..
so di petang sabtu yang mendung mendung manja ni nak la citer ngan korang sikit kan..
alah kalau yang pendengar setia hotfm mesti la dah tau citer sebenar yang dah berlaku kat hotfm kan..ni citer tentang abang Syed Adnan @ shy8 dan terlebih dikenali dengan Ucop Wilcha dah masuk Hotfm..

Setelah hampir sebulan diorang mempromosikan tagline "Cer citer, cer citer", "kalau setuju, angkat tangan macam saya" dan "Kite Bakor je.." sekarang secara sahnya abang Ucop wilcha menjadi barisan penyampai station radio yang "Lebih Hangat Daripada Biasa" buat kali pertamanya ke udara dalam Hotfm Am Crew mulai hari Khamis (16 June 2011) yang lalu..

Semasa hari pertama, keudara di Hotfm dan menjadi kebiasaannya untuk menjalani orientasi..dan abang ucop pon tak terlepas dari menjalani orientasi...hahaha...korang nak tengak apa yang berlaku dekat studio pada hari pertama abang ucop di hotfm..tengok ye video nie..


Jadi apa-apa hal..aku harap dengan kemasukan abang ucop wilcha dalam barisan penyampai baru dalam Hotfm Am Crew...akan dapat mendapat tempat di hati pendengar setia dan bakal pendengar Hotfm..
tapi jangan la nanti dah jadi 4 orang ni berebut pulak nak bercakap sampai pendengar pun dah tak tau nak dengar yang mana satu bercakap pulak nanti sudah la kan..hahaha..

So teruskan sokong Hotfm dan usaha-usaha untuk menjadikan Hotfm sebagai station radio No 1 di Malaysia balik... semoga kita jumpa dalam next entry dari aku nanti pulak ok kawan-kawan... jaga diri baik-baik dan jangan merempit di hujung minggu erk...daaaaaaaa...

Rabu, 15 Jun 2011

3 2 1 Cinta

Assalammualaikum...


Hai kawan-kawan...setelah sekian lama aku dah tak update kat blog ni..
biasa lah..dah bergelar student balik ni susah sikit lah nak update selalu kan..
jadi untuk entry aku kali ni tentang movie yang baru aku hadiri semalam
iaitu sesi preview untuk cerita "3 2 1  Cinta"..

Bagi aku..cerita ni memang best sebab dia penuh dengan moral yang boleh kita 
gunakan..walaupun cerita ni bertemakan "Romantik Komedi" tapi jalan cerita yang
disajikan kepada penonton memang senang nak difahamkan..
so korang dah tak payah nak fikir-fikir panjang kalau menonton filem ni la senang cerita..

Sinopsis

Cerita ni berkisahkan tentang seorang perempuan yang berpewatakkan ala tomboy yang bernama Siti Aisyah aka Sam (Diana Amir) yang baru mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi baru di kolej. Di kolej tu dia berjumpa dengan seorang kawan rapat yang bernama Fariz (Pierre Andre) tapi lebih dikenali sebagai Ayam seorang Super Senior di kolej ni..Cerita bermula apabila dia diberitahu bahawa nisbah "Perigi Cari Timba" akan meningkat ke 37:1 di tahun 2020 dan ni dah cukup menakutkan sam sebab tak ada pasangan lagi..dan ditakdirkan bertemu dengan Nazril (Farid Kamil) seorang senior di kolej yang sama tapi ada perangai pelik kalau dia berjumpa dengan awek yang tak berapa nak cantik la..Di sebabkan dia tercabar dengan sikap nazril yang sangat memilih orang untuk berkawan..jadi dia menggunakan pelbagai cara yang sangat Giler untuk memikat hati nazril..tapi dalam masa yang sama, Ayam yang menyimpan perasaan dengan sam mula terasa tersisih sebab sam dah mula rapat dengan nazril..Nazril ni seorang anak yatim piatu yang kehilangan kaluarganya di usia yang muda sanggup menggunakan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim...jadi kalau korang nak tau apa kesudahan cerita cinta aktara Fariz, Sam dan Nazril...korang kenalah tonton sendiri filem ni kat pawagan yang berdekatan mulai 16 June 2011..

Filem 321 cinta ni terbitan Metrowealth dah mendapat sentuhan daripada Azhari Zain..dan barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah :
Farid Kamil, Pierre Andre, Diana Amir, Mustapha kamal, Faith Zakie dan Adie Syafrien..

Jadi korang layan jew dulu trailer filem ni sebelum pergi pawagan tonton yang full movie..

Jadi selamat menonton dan hope kita jumpa lagi dalam entry aku yang akan datang nanti..

Rabu, 1 Jun 2011

Sejuta Klik Untuk Banyak iPAd 2

Assalammualaikum...

Entry aku kali ni..
khas aku tujukan kepada semua pendengar setia
station radio yang Lebih hangat Daripada Biasa
apa lagi kalau bukan Hotfm..


Sebelum ni kita sedia maklum yang Jack Sparrow bukan saja
menjadi lanun di laut..tapi sekarang dah moden sikit dalam bab
hacked meng"hacked" di internet..dan dia dan anak kapal yang menggelarkan diri
RileksCrew+H3x4 Crew+Newbie3vilc063s+Ha¢kin | Cr³w
telah menakluk laman kipas (fan page) Facebook Hotfm pada 10 May 2011..


Jadi disebabkan lanun dan menakluk fan page diorang..
terpaksa la Hotfm buat fan page yang baru ..
dan sekarang ni, diorang sedang bertungkus lumus untuk mengumpul
kembali pengikut-pengikut setia Hotfm di facebook diorang
dan berjanji akan memberikan Hadiah Besar kepada
pengikut setia fan page tersebut jika berjaya mencapai
angka 700,000 dan mensasarkan 1,000,000 "Like"

Jadi lebih ramai yang meng"l" fan page Hotfm
lebih cepat la diorang nak bagi hadiah-hadiah..
dan antara hadiah yang diorang nak bagi kepada pengikut
setia diorang iPad 2 dan ada juga wang tunai sehingga RM 10,000.00

Woww..ni dah giler banyak hadiah dah ni..
jadi pada korang yang belum lagi "LIKE"
Fan Page Hotfm yang baru boleh je cari fb diorang
atau aku bagi cara paling senang untuk korang nak cari..

Korang hanya klik Fan Page Hotfm di sini..


Jadi lebih cepat, dan lebih ramai yang meng"LIKE" fan page FB diorang..
lebih cepat la diorang nak bagi hadiah kepada yang bertuah..
jadi aku berkempen ni untuk aku cepat boleh menang iPad 2..
sape yang tak nak iPad 2 free kan..

So aku stop entry kali ni di sini..
dan selalu lah buka FB Hotfm tu ye...

Isnin, 30 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5...

Assalammualaikum...

Hai kawan2...untuk entry kali ni aku nak tulis dalam
bahasa ayat yang lengkap pulak lah..
tapi kalau agak janggal korang nak baca tu boleh la komen aku nanti ok..

Ok back to head line entry aku kali ni..
tentang kejayaan salma yang baru dinobatkan
sebagai sang juara yang baru Mentor 5 tahun ini..
dari awal aku ikut Mentor 5 ni, aku dah boleh agak
yang Salma boleh jadi juara tahun ni..
jadi memang tak salah aku buat pemilihan sebab salma memang
mempunyai suara dan aura yang tersendiri..
jadi bila konsert penyingkiran minggu lepas diumumkan salma
mendapat tempat ke 3 memang memeranjatkan aku dengan jumlah markah yang dia
dapat terlalu sikit dan dia tersingkir..
tapi bila diumumkan yang dia diserap ke Konsert Final memang aku dah boleh agak yang ni semua satu konspirasi untuk memancing undian penonton untuk menjadikan Salma sebagai juara Mentor 5 tahun ini..

 Overall semua persembahan malam ni memang menghiburkan,
tapi yang terbaik tetap Salma la bagi aku..
lagu baru yang khas untuk Salma tu memang sedap giler..
sebab HOTFM selalu putarkan lagu dia kat radio, tu yang aku boleh cakap sedap tu..
tapi Shiha dan Iqa p not bad juga apa, mereka perform pun tak kurang sengat dia..
macam persembahan Iqa malam ni memang sedap lagu baru dia,

tapi lagu baru untuk Shiha tu agak kurang la power dia,
tak macam lagu baru untuk Salma dan Iqa..
lagu Diorang penuh dengan energy..tapi lagu Shiha agak down..
tapi mentor diorang lebih tahu lagu yang sesuai dengan range protege mereka,
dan lagu yang dipilih untuk Shiha memang suai sangat untuk dia..

Walau apa pun aku meleter panjang lebar dalam entry kali ni..
kita pun dah sedia maklum dengan keputusan yang memang aku anggap tepat..
dan aku senarai kan keputusan penuh, lagu baru dan hadiah yang menjadi milik mereka secara sahnya..

Juara Mentor 5 : Salma & Erra Fazira (85)
Hadiah : Mentor  : RM 100,000.00
            : Protege : RM 100,000.00 + Kereta Chervolet Curve (Chervolet)


Naib Juara : Shiha & Dato Sharifah Aini (63)
Hadiah : Mentor  : RM 30,000.00
            : Protege : RM 30,000.00 + Vespa LX 150 (Naza World)

Tempat Ke-3 : Iqa & Edry KRU (56)
Hadiah : Mentor  : RM 10,000.00
            : Protege : RM 10,000.00

Lagu single baru untuk semua finalis dan lagu baru bagi Ratna (walaupun bukan bertanding)

Penyanyi : Salma
Single Baru : Aku Permata
Komposer : Taja MUH



Penyanyi : Shiha
Single Baru : Bila Bertemu Mu 
Komposer : Ajai



Penyanyi : Iqa
Single Baru : Di Penghujungnya
Komposer : Edry Abdul Halim


Penyanyi : Ratna
Single Baru : BB Aku
Komposer : Afdlin Shauki


Ok kawan2..aku stop sampai sini untuk entry aku kali ni..
jadi kalau ada yang korang rasa nak komen tentang ini..
boleh aje komen untuk aku terus memperbaiki kelemahan aku dalam terus menulis
yang terbaik untuk korang semua dalam entry aku yang seterusnya agar korang tak jemu membaca..
sekian terima kasih dan jumpa dalam entry aku yang akan datang..

Assalammualaikum..

Isnin, 16 Mei 2011

Coretan Minggu Ini..

ASSALAMMUALAIKUM

Hai kawan2...hope kowg shat la erk wak2 membaca entry aku kali nie..
sepanjang minggu nie kita dengar mcm2, ade cerita sedih la, gumbira la lucu la dlm industri seni kite..
so klu aku nak wat setiap 1 story, 1 entry..myb rabak plak aku nak taip n kowg pn borink nk bce gak..
jdi aku wat short story jew this week..

Story 1

Minggu ni jew, yang aku tau 2 bintang seniman vateran Malaysia kita telah pn meninggal dunia..
mereka adalah Arwahyarham Aimi Jarr atau pn nama sebenarnya Omar@Abdul Majid bin Puteh yang telah pn meninggal dunia pada 10 May 2011 pada usia 72 tahun kerana serangan jantung pada pukul 7 pagi.. dan jenazah arwah telah pn di kebumikan di tanah perkuburan Klang Gate selepas solat zohor..


Seterusnya yang juga telah meninggal dunia dalam minggu ini ialah Arwahyarham Datin Orchid Abdullah pada 13 May 2011 (jumaat) di Hospital Ampang pada jam 12.40 tengah hari disamping keluarganya tapi tanpa suaminya kerana juga dikhabarkan terlantar sakit di hospital yang sama yang ketika itu sedang dirawat di wad CCU kerana komplikasi yang serius..Awrah yang sememangnya telah sakit akibat ketumbuhan hormon tp pernah beberap kali melakukan operasi membuang ketumbuhan itu sebanyak 2 kali n klu xsalah tahun 2008 n februari 2011, tp ajal dah menjemputnya kita nak wat cmne kn..Jenazah Awrah telah pn dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU1 selepas solat asar..

Pe yg bleh di wat hanya doakan agar Arwah Aimi Jarr dan Arwah Datin Orchid di tempatkan di kalangan orang2 yang mendapat rahmatnya di kalangan orang2 yang beriman..sama2 kita sedekahkan Al-fatihah keatas mereka..Aminnn...

Story 2

Dalam yang sedang berduka dengan pemergian Seniman Veteran..ade jgk antara artis kite yg telah mendirikan rumah tangga..antaranya pelakon  Fazreen Rafi & Syarifah Marlina Asyikin, Zed Zaidi & Natalia Halimatun, Janda Dato Sri Khalid aka Dato K iaitu Tengku Zawyah & datuk Rayyan Joseph King dan ade jgk story yg wat brader2 mmg jealoz n tadik spring abes la kt brader otai kite nie kn..sape lgi klu bkn abg Salih Yaakob & Emi...

Pengantin baru kita Fazreen Rafi dah pn sah menjadi suami kpd Marlina pada 01 may 2011 n diowg bersanding pada 07 may 2011 @ Wisma PKPS,Shah Alam..dan aku pn dri yg die teruja untuk mengimamkan isteri die..utk bulan madu aka Honeymoon die pilih Krabi,Thailand selama 4 hari yang sah2 Romantik tmpt 2 kn..Majlis resepsi diowg nie mmg lawa..cer tgk pict bwh nie..
ala2 kesultanan melayu dolu2..




Masa makan biadap Beradab..Smart jew baju die..

Seterusnya pengantin baru jgk Zed Zaidi dan Natalia Halimatun yang jgk berlangsung majlis resepsi diowg kat Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.. Walaupun majlis diowg nie berlangsung dgn meriah dgn konsep Tradisional Moden tp de gak dgr wedding diowg nie mmg kecoh abes la coz di kawal ketat oleh abg bdn ketak2 seramai 20 orang klu xslh la kn..dan telah menyusahkan sebilangan besar media2 nie yg dptkn shot gmbr yg chantek la kn..tp ble tgk melodi siang tdi bru la tau yg peranan abg bdn ketak2 nie utk memudahkan perjalanan pengantin utk bergerak pantas coz dewan yg diowg sewa nie de time2 die..cukup jew time die diowg akan bertindak..n pengantin pn dah wat pengakuan n mintak maaf secara teros kt semua yg hadir 2.. so kowg tatap lah gambar2 yg aku dkt wak2 proses tdi..photo crdt 2 Budiey.com dan Beautifulnara.com

De awek2 cun lgi k..tp yg penting Iqral Dinzly jdi pengapit k..
Wedding cake yg chantek sgt..7 level k..
tp dlm byk2 aku akan sukakan yang nie..


Kad jemputan yg ber"layout"kan facebook..

dan seterusnya Bakal pengantin baru kita..die nie seorang penyampai radio, pelakon, penyanyi, pengacara dan pe pe yg lain.. Tuah ayam kita nampak,tuah org spe tau kn.. abg Salih Yaakob aka SY bakal menjadi pengantin baru lgi sekali guns mencukupkan kuotanya sendiri iaitu dengan perkahwinannya dengan bakal isterinya yg ke 4..dan yg lgi best n bonus semua isteri die setuju benarkan die berpoligami..bertuah sungguh abg SY kite nie erk..klu kite (but aku msh bujang) sowg bini pn dah rioh nk layan kn..nie die dh nk msk 4 bini..steady jew die wat..n khabarnya jgk isteri, isteri, isteri dan bakal isteri abg SY nie akn dpt rumah sowg sejibik..utung jgk isteri3x abg SY kite erk..dah la di janjikn payung emas yg menanti di syurga, kt dunia nie dpt sowg sebijik umah lg kn..so skrg kowg layan pist diowg jew dlu erk..

Isteri 1, 2 dan 3 abg SY

No 4 bakal menyusul
Tp walaubagaimanapun, kawen 4 nie cme sunat tp klu dah berkemampuan utk adil 2 ade pe salahnye kn..jodoh xknl usia cm diowg nie, Abg SY dah 50 tahun n Emi nie bru 24 tahun beza byk kot..tp dah jodoh nak wat cmne..on jew la..

So konklusinya, kowg sendiri yg tentukan k..

N hope jmp kowg lgi dlm next entry aku..
daaaaa...jga dri & jaga pribadi..
Assalam..

Khamis, 5 Mei 2011

Royal Weddings (Prince William & Cartherine) Part 2

Assalammualaikum...
seperti tajuk 2 dah tertera part 2..
so nie al-kisahnye tentang Royal Wedding  la kn..

Arinie aku nak share plak ngan kowg semua
gambar2/video2 yang kowg terlepas pandang
semalam kt tv kowg kn..
dan aku jgk dgr yg wedding nie Jumaat di saksikan
lbih dari 2 juta melalui internet..
dan telah memecahkan rekod penonton
yang menyaksikan perlawanan bola sepak piala dunia..

Jadi aku pn xnak terus membebel sowg2..
kowg layan jew la bahan yg ade nie erk..

Hope kowg heyp dan InsyaAllah kite jmp kt next entry dri blog aku nie k..
dan aku harap gak kowg bleh la komen2 blog aku yg still baby nie..
coz aku xde la pandai mcm kowg yg dh terer kn..

Barangan Cenderahati

Cawan yang dihiasi gambar will & kate semasa pertunangan..
Edisi pinggan pn ade jgk..
Syiling yang boleh d dapati dengan beberapa design dan warna Perak dan Emas
Koleksi Setem
Kalau xsuka pasangan nie bersama..boleh pisahkan dengan koyak 2 setem nie..


Kek & Kereta Kuda

Antara kek yang paling indah aku tgk..

Persiapan terakhir untuk kereta kuda pasangan pengantin..
Patut la berkilat jew lampu ajaib kt tepi kereta 2..
Full body sebelum di buka penutupnya..
Full body Selepas dibuka penutupnya..

Tetamu Selebriti yang menghadiri..

Davic Backham & Victoria
Elton John
Ben & Marina Fogle


Ian Thorpe (Perenang Olimpik Australia)

Sabtu, 30 April 2011

Royal Weddings (Prince William & Cartherine)

Assalamualaikum...

kawan2..cbe tgk tajuk kt atas 2..dah grand dah..
ala-ala entry aku kli nie nk write in english la sgt kn.
hmm hampeh..nnt spelling ntah ke laut mne, entry ke mne..
so moralnye..
"ITULAH PENTINGNYE ENGLISH EDUCATION"
bak kte Ucop Welcha la..

So back 2 topic today..
is about Royal Wedding between Prince William & Cartherine Middleton
ataupn Perkahwinan Diraja diantara Putera William & Cartherine Middleton
yang telahpun berlangsung pada tarikh yang bleh dianggap istimewa (29)
sebab tarikh nya 29 April 2011 dan umur kate pn 29 tahun (1982) jugak..
jadi berita perkahwinan nie mmg tersebar seluruh dunia nantikan..
dan harinie klu xsalah lebih dari 2 billion manusia yg menjadi saksi diowg kawen..

So seperti biase aku akn upload gambar perkahwinan diowg utk
kowg yg malas nak cari dan kowg bleh tgk gambar/movie
yg mgkin kowg terlepas/xpernah tgk..
jadi klu gambar 2 agk ter-over 2 sorry la erk..
coz aku just nk share jew ngan kawan2..

Sebelum Perlangsungan

Dalam Perjalanan kew Westminster Abbey
Kate dan Ayahnya dalam perjalanan jgk
Segak bergaya pengantin (Prince William) dan adiknya (Prince Harry)

Teserlah keayuan Kate dgn gaun pengantin nie..

Semasa Perlangsungan

Saat untuk disatukan
Saat menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan..
Si jejaka yang kacak disamping Si gadis yang ayu.
Saat yang amat di nanti-nantikan..

Selepas Perlangsungan

Menaiki Kereta Kuda menju ke istana..

Si jejaka memberikan tabit spring hormat.. Bergaya kn diowg..
Teruja menyaksikan Formasi ruang udara..
First public kiss..Opsss budak2 xleh tgk..
Jadi aku akan upload lagi gambar/movie yg kowg xpernah tgk sepanjang perkahwinan di raja nie dlm part 2..
so kowg mst suka dalam part 2 tu nanti..

Ok aku stop dlu utk cri bahan part 2 utk kowg plak nnt..
daaa..