Jumaat, 28 September 2012

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia untuk semua.





Entry ni aril saja uploadkan sebab saja nak join member-member yang lain "up"kan lagi follower ni..

Sebenarnya ini adalah cadangan dari kawan aril sendiri yang menyarankan untuk join segmen ni untuk kami sama-sama menambah follower di blog masing-masing. jadi aril pn carilah banner di blognya. Dah baca punya baca, so aril ckp why not i'm try for this segmen kn..

Disebabkan follower aril ni teramatlah ramai, jadi apa salahnya aril cuba join segmen ni untuk meramaikan lagi pengikut blog ni kan..Jadi Aril nak craditkan entry kali ini untuk teman-teman aril disini..



Jadi kalau korang semua yang sudi untuk follow blog aril ini, aril ucapkan terima kasih dan kalau nak aril follow blog korang balik pun boleh..just tinggalkan link blog korang di bahagian comment entry ini..InsyaAllah aril akan follow balik blog korang semua nanti.

Creditkan untuk Teman-Teman

1. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
2. http://luahancinta-atul.blogspot.com/
3. http://akmalonly.blogspot.com/




Rabu, 26 September 2012

Berita Malique Meninggal Dunia Adalah Palsu

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..


Sebut sahaja nama Malique Ibrahim, siapa yang tidak kenal dengan rapper melayu seorang ni. Beliau sering kali menghasilkan karya lagu yang menarik serta boleh diterima ramai. Daripada karya terdahulu sehingga yang terbaru "Teman Pengganti ft Black Mentor" pasti akan mendapat tempat dihati pendengar.

Tapi sekarang aril pasti berita mengenai Malique (TOO PHAT) meninggal dunia sedang hangat tersebar luas di BBM, FACEBOOK, serta TWITTER.

Disini, Aril nak bagitau pada korang semua bahawasanya Malique masih lagi bernafas seperti biasa. Jadi  segala spekulasi mengenai Malique dah meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali, tapi mengenai penyakit barah otak atau Brain Cancer masih menjadi tanda tanya pada berita ini kerana aril sendiri masih tidak dapat kenal pasti mengenai kesahihan cerita ini. 

Jadi sama-sama lah kita doakan agar segalanya akan menjadi seperti sediakala. Janganlah kita doakan yang tidak elok pada mereka yang masih sihat kerana dalam islam sendiri menyeru agar kita sentiasa mendoakan kesejahteraan sesama umatnya. Jadi janganlah pula kita mendoakan perkara yang buruk kerana setiap apa yang kita katakan adalah doa yang mungkin akan dimakbulkan oleh tuhan yang maha esa.

Jom sama-sama kita layan lagu terbaru dari Malique Ibrahim ft Black - Teman Pengganti




Khamis, 13 September 2012

iPhone 5 dilancarkan


Assalammualaikum, dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua.

Berakhirnya penantian 12 September 2010 dengan terlancarnya model terbaru iPhone 5 keluaran Apple Inc yang dinantikan seluruh dunia.

Beberapa peningkatan dari segi reka bentuk yang dapat disaksikan pada iPhone 5 yang terbaru ini berbanding dengan keluaran sebelumnya. Dengan reka bentuk yang lebih kemas pasti membuatkan semua peminat setia gajet keluaran Apple tidak akan ketinggalan memiliki model terbaru ini sebagai sebahagian

Spesifikasi yang terdapat pada iPhone 5 terbaru ini adalah seperti berikut : 
Sumber daripada : www.gsmarena.com

General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - GSM A1428
CDMA 800 / 1700 / 1900 / 2100 - CDMA A1429
3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 - GSM A1428
CDMA2000 1xEV-DO - CDMA A1429
4G Network LTE 700 MHz Class 17 / 1700 / 2100 - GSM A1428 or LTE 850 / 1800 / 2100 - GSM A1429
LTE 700 / 850 / 1800 / 1900 / 2100 - CDMA A1429
Announced 2012, September
Status Coming soon. Exp. release 2012, September 21st
Body      Dimensions 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
Weight 112 g
Display   Type LED-backlit IPS TFT, capacitive touchscreen, 16M colors
Size 640 x 1136 pixels, 4.0 inches (~326 ppi pixel density)
Multitouch Yes
Protection Corning Gorilla Glass, oleophobic coating
Sound      Alert types Vibration, propriety ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes
Memory  Card slot No
Internal 16/32/64 GB storage, 1 GB RAM
Data        GPRS Yes
EDGE Yes
      Speed DC-HSDPA, 42 Mbps; HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps, LTE, 100 Mbps; Rev. A, up to 3.1 Mbps
    WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, Wi-Fi Plus Cellular
Bluetooth Yes, v4.0 with A2DP
USB Yes, v2.0
Camera   Primary 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Features Touch focus, geo-tagging, face detection, panorama, HDR
Video Yes, 1080p@30fps, LED video light, video stabilization, geo-tagging
Secondary Yes, 1.2 MP, 720p@30fps, videocalling over Wi-Fi and 3G/4G
Features OS iOS 6
Chipset Apple A6
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Messaging iMessage, SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
Browser HTML (Safari)
Radio No
GPS Yes, with A-GPS support and GLONASS
Java No
Colors Black/Slate, White/Silver
- nano-SIM card support only
- Active noise cancellation with dedicated dual mics
- Siri natural language commands and dictation
- iCloud cloud service
- Twitter and Facebook integration
- TV-out
- Maps
- iBooks PDF reader
- Audio/video player and editor
- Image editor
- Voice memo/command/dial
Battery Standard battery, Li-Po
Stand-by Up to 225 h (2G) / Up to 225 h (3G)
Talk time Up to 8 h (2G) / Up to 8 h (3G)
   Music play Up to 40 h

Selasa, 11 September 2012

Penantian 12 September

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia diubapkan pada semua pembaca.

Aril pasti seluruh dunia sedang berdebar menantikan detik tibanya tarikh 12 September 2012.

Tapi ada apa dengan penantian tarikh ini.. Korang semua pasti pelik dengan entry kali ini.

Jadi, nantikan sambungan entry ini yang pastinya dinantikan oleh seorang pengikut setia gajet terbaru yang akan dilancarkan esok hari.

Khamis, 6 September 2012

Ashraf Muslim kembali berlakon!

Assalammualaikum, salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua Pembaca Blog saya.



Pengacara dan Pelakon utama drama Ustaz Amirul (Ashraf Muslim), dikhabarkan akan mula bergiat aktif kembali selepas berehat sementara suatu masa lalu akan mula masuk set penggambaran "Aku Bukan Haji" pada 10 September nanti.

"Keputusan untuk kembali berlakon dibuat selepas Klinik Al-Hidayah yang dikendalikan bersama Hj Lokman sudah mempunyai beberapa orang petugas lain," kongsi Ashraf.

Apa yang menariknya mengenai drama yang akan ditayangkan di saluran Al-Hijrah ini adalah drama sulung terbitan syarikatnya sendiri iaitu Al-Hidayah Production. Syarikat produksi ini ditubuhkan bukan sekadar menumpukan pada penerbitan drama, malah juga akan menerbitkan dokumentasi dan program yang lain juga.

Kami akan sentiasa mendoakan agar segalanya akan berjalan dengan lancarlah hendahnya segala urusan yang direncanakan.

Rabu, 5 September 2012

Filem Salam Cinta


Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca Blog saya.


Isnin lalu bertempat di TGV Sunway Piramid telah berlangsungnya tayangan perdana media dan peminat bertuah untuk filem Salam Cinta lakonan Diana Amir, Kamal Adli, Mon Ryanti, Razak Ahmad, Syuk Balas dan ramai lagi. Filem edaran MiG arahan Azahari Zain ini membawa genre romantik islamik. Filem ini mengisahkan mengenai AMIRUL (KAMAL ADLI), seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berfoya-foya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama. SHUIB (SYUK BALAS) merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan jayanya.

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN (ABDUL  RAZAK AHMAD) , seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA (MON RYANTI), kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang model terkenal mula berasa bengang dengan perubahan Amirul yang secara tiba-tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA (DIANA AMIR), anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia  yang memusnahkan semuanya. Dapatkah Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul-betul telah berubah? Semuanya akan terjawab dalam filem “SALAM CINTA”. 

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar sekitar sidang media yang trailer filem SALAM CINTA. Jangan lupa untuk menyaksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda mulai 06 September 2012.

David Teo bersama para pelakon

Pengarah Azahari Zain

Major (K) David Teo

Barisan Pelakon Salam Cinta

Trailer Salam Cinta