Sabtu, 18 Jun 2011

Cer cite @ Hotfm

Assalammualaikum...

Selamat hujung minggu kawan2..
so di petang sabtu yang mendung mendung manja ni nak la citer ngan korang sikit kan..
alah kalau yang pendengar setia hotfm mesti la dah tau citer sebenar yang dah berlaku kat hotfm kan..ni citer tentang abang Syed Adnan @ shy8 dan terlebih dikenali dengan Ucop Wilcha dah masuk Hotfm..

Setelah hampir sebulan diorang mempromosikan tagline "Cer citer, cer citer", "kalau setuju, angkat tangan macam saya" dan "Kite Bakor je.." sekarang secara sahnya abang Ucop wilcha menjadi barisan penyampai station radio yang "Lebih Hangat Daripada Biasa" buat kali pertamanya ke udara dalam Hotfm Am Crew mulai hari Khamis (16 June 2011) yang lalu..

Semasa hari pertama, keudara di Hotfm dan menjadi kebiasaannya untuk menjalani orientasi..dan abang ucop pon tak terlepas dari menjalani orientasi...hahaha...korang nak tengak apa yang berlaku dekat studio pada hari pertama abang ucop di hotfm..tengok ye video nie..


Jadi apa-apa hal..aku harap dengan kemasukan abang ucop wilcha dalam barisan penyampai baru dalam Hotfm Am Crew...akan dapat mendapat tempat di hati pendengar setia dan bakal pendengar Hotfm..
tapi jangan la nanti dah jadi 4 orang ni berebut pulak nak bercakap sampai pendengar pun dah tak tau nak dengar yang mana satu bercakap pulak nanti sudah la kan..hahaha..

So teruskan sokong Hotfm dan usaha-usaha untuk menjadikan Hotfm sebagai station radio No 1 di Malaysia balik... semoga kita jumpa dalam next entry dari aku nanti pulak ok kawan-kawan... jaga diri baik-baik dan jangan merempit di hujung minggu erk...daaaaaaaa...

Tiada ulasan: