Isnin, 30 Mei 2011

Salma Juara Mentor 5...

Assalammualaikum...

Hai kawan2...untuk entry kali ni aku nak tulis dalam
bahasa ayat yang lengkap pulak lah..
tapi kalau agak janggal korang nak baca tu boleh la komen aku nanti ok..

Ok back to head line entry aku kali ni..
tentang kejayaan salma yang baru dinobatkan
sebagai sang juara yang baru Mentor 5 tahun ini..
dari awal aku ikut Mentor 5 ni, aku dah boleh agak
yang Salma boleh jadi juara tahun ni..
jadi memang tak salah aku buat pemilihan sebab salma memang
mempunyai suara dan aura yang tersendiri..
jadi bila konsert penyingkiran minggu lepas diumumkan salma
mendapat tempat ke 3 memang memeranjatkan aku dengan jumlah markah yang dia
dapat terlalu sikit dan dia tersingkir..
tapi bila diumumkan yang dia diserap ke Konsert Final memang aku dah boleh agak yang ni semua satu konspirasi untuk memancing undian penonton untuk menjadikan Salma sebagai juara Mentor 5 tahun ini..

 Overall semua persembahan malam ni memang menghiburkan,
tapi yang terbaik tetap Salma la bagi aku..
lagu baru yang khas untuk Salma tu memang sedap giler..
sebab HOTFM selalu putarkan lagu dia kat radio, tu yang aku boleh cakap sedap tu..
tapi Shiha dan Iqa p not bad juga apa, mereka perform pun tak kurang sengat dia..
macam persembahan Iqa malam ni memang sedap lagu baru dia,

tapi lagu baru untuk Shiha tu agak kurang la power dia,
tak macam lagu baru untuk Salma dan Iqa..
lagu Diorang penuh dengan energy..tapi lagu Shiha agak down..
tapi mentor diorang lebih tahu lagu yang sesuai dengan range protege mereka,
dan lagu yang dipilih untuk Shiha memang suai sangat untuk dia..

Walau apa pun aku meleter panjang lebar dalam entry kali ni..
kita pun dah sedia maklum dengan keputusan yang memang aku anggap tepat..
dan aku senarai kan keputusan penuh, lagu baru dan hadiah yang menjadi milik mereka secara sahnya..

Juara Mentor 5 : Salma & Erra Fazira (85)
Hadiah : Mentor  : RM 100,000.00
            : Protege : RM 100,000.00 + Kereta Chervolet Curve (Chervolet)


Naib Juara : Shiha & Dato Sharifah Aini (63)
Hadiah : Mentor  : RM 30,000.00
            : Protege : RM 30,000.00 + Vespa LX 150 (Naza World)

Tempat Ke-3 : Iqa & Edry KRU (56)
Hadiah : Mentor  : RM 10,000.00
            : Protege : RM 10,000.00

Lagu single baru untuk semua finalis dan lagu baru bagi Ratna (walaupun bukan bertanding)

Penyanyi : Salma
Single Baru : Aku Permata
Komposer : Taja MUH



Penyanyi : Shiha
Single Baru : Bila Bertemu Mu 
Komposer : Ajai



Penyanyi : Iqa
Single Baru : Di Penghujungnya
Komposer : Edry Abdul Halim


Penyanyi : Ratna
Single Baru : BB Aku
Komposer : Afdlin Shauki


Ok kawan2..aku stop sampai sini untuk entry aku kali ni..
jadi kalau ada yang korang rasa nak komen tentang ini..
boleh aje komen untuk aku terus memperbaiki kelemahan aku dalam terus menulis
yang terbaik untuk korang semua dalam entry aku yang seterusnya agar korang tak jemu membaca..
sekian terima kasih dan jumpa dalam entry aku yang akan datang..

Assalammualaikum..

Tiada ulasan: