Rabu, 15 Jun 2011

3 2 1 Cinta

Assalammualaikum...


Hai kawan-kawan...setelah sekian lama aku dah tak update kat blog ni..
biasa lah..dah bergelar student balik ni susah sikit lah nak update selalu kan..
jadi untuk entry aku kali ni tentang movie yang baru aku hadiri semalam
iaitu sesi preview untuk cerita "3 2 1  Cinta"..

Bagi aku..cerita ni memang best sebab dia penuh dengan moral yang boleh kita 
gunakan..walaupun cerita ni bertemakan "Romantik Komedi" tapi jalan cerita yang
disajikan kepada penonton memang senang nak difahamkan..
so korang dah tak payah nak fikir-fikir panjang kalau menonton filem ni la senang cerita..

Sinopsis

Cerita ni berkisahkan tentang seorang perempuan yang berpewatakkan ala tomboy yang bernama Siti Aisyah aka Sam (Diana Amir) yang baru mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi baru di kolej. Di kolej tu dia berjumpa dengan seorang kawan rapat yang bernama Fariz (Pierre Andre) tapi lebih dikenali sebagai Ayam seorang Super Senior di kolej ni..Cerita bermula apabila dia diberitahu bahawa nisbah "Perigi Cari Timba" akan meningkat ke 37:1 di tahun 2020 dan ni dah cukup menakutkan sam sebab tak ada pasangan lagi..dan ditakdirkan bertemu dengan Nazril (Farid Kamil) seorang senior di kolej yang sama tapi ada perangai pelik kalau dia berjumpa dengan awek yang tak berapa nak cantik la..Di sebabkan dia tercabar dengan sikap nazril yang sangat memilih orang untuk berkawan..jadi dia menggunakan pelbagai cara yang sangat Giler untuk memikat hati nazril..tapi dalam masa yang sama, Ayam yang menyimpan perasaan dengan sam mula terasa tersisih sebab sam dah mula rapat dengan nazril..Nazril ni seorang anak yatim piatu yang kehilangan kaluarganya di usia yang muda sanggup menggunakan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim...jadi kalau korang nak tau apa kesudahan cerita cinta aktara Fariz, Sam dan Nazril...korang kenalah tonton sendiri filem ni kat pawagan yang berdekatan mulai 16 June 2011..

Filem 321 cinta ni terbitan Metrowealth dah mendapat sentuhan daripada Azhari Zain..dan barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah :
Farid Kamil, Pierre Andre, Diana Amir, Mustapha kamal, Faith Zakie dan Adie Syafrien..

Jadi korang layan jew dulu trailer filem ni sebelum pergi pawagan tonton yang full movie..

Jadi selamat menonton dan hope kita jumpa lagi dalam entry aku yang akan datang nanti..

1 ulasan:

N.A.I berkata...

thanx 4 dis entry...
kte bru jer nk tgk cte ni..hehe..
at least dh tau skit sinopsis nye..
=)