Khamis, 29 September 2011

Jamuan Rumah Terbuka Media Hiburan

Assalammualaikum...Selamat petang semua...harapkan semuanya sihat belaka..

Semalam (28 Sept 2011) merupakan hari terakhir bagi kita merayakan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan semperna dengan itu, Majalah Media Hiburan telah mengadakan jamuan hari raya yang bertempat di dewan 2, pejabat Media Karangkraf. Majlis yang dihadiri oleh para penggiat seni, penyanyi, pelakon dan pembaca setia yang bertuah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan jamuan tersebut..Majlis yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir lebih kurang jam 5 petang itu di"MC'kan oleh Sudirman (wartawan Media Hiburan) dan turut di gandingkan bersama Roslan Shah..

Sambil menjamu selera, tetamu juga dihiburkan oleh penyanyi dan pelakon terkenal seperti Rafidah, Haiza, Akma AF5, Arora Salwa, Geng Juvana, Kump MAX 24/7, Chomey Fana, Daus, Fazli Zainal, Alif Satar, Shila Amzah dan ramai lagi..Selain dari persembahan pentas, mereka juga mengadakan games "Pop Quiz" yang menggandingkan pembaca dah artis sebagai salingan persembahan pentas.

Memang ramai tetamu yang menghadiri majlis tersebut dan diantaranya adalah seperti Fazley Yaacob, Imran Ajmain, Ainul Aishah, Fazren dan Pasangan, Azwan Ali, Adik Mia Sara, Yatt Hamzah, Marsha, Zenny Salihuddin, Azizi Zakaria, Rini AF, Rizal AF, Siti Nordiana, Maya Matahari, Sasha Basir, Diana Amir, dan ramai lagi termasuk la PR kepada artis tempatan. Di majlis itu juga, mereka telah mengumumkan keputusan akhir pencalonan bagi majlis Anugerah PPMH 2011 yang melibatkan 17 kategori yang dipertandingkan.

Terima kasih kepada geng Media Hiburan kerana menjemput sebagai pembaca setia. So, korang tataplah gambar yang sempat di"Snap" oleh kamera aku ni..

Top 5 - Pencalonan Akhir PPMH 2011










Selasa, 27 September 2011

Penghijrahan Diana Amir

Assalammualikum..

Hai kawan-kawan..sedar atau tidak esok merupakan hari terakhir untuk kita berhari raya...hmmm..dan dalam kebisukan aku study untuk final exam ni..nak jugak la aku online kejap kan..yela...kalau study saja pun pening kepala jugak kan..dan dalam best suff internet ni..terjumpa la pulak gambar terbaru si jelita Diana Amir yang telah pun berhijrah kearah positif dengan mengenakan tudung..sejuk saya tengok gambar diana yang dah bertudung ni..dan bila aku check di fb diana amir sendiri pun memang betul yang dia sekarang memang sudah bertudung..menurut RotiKaya.com..gambar yang baru di upload adalah gambar yang terbaru semasa mereka terserempak di pejabat Metrowealth siang tadi.dan aku mengambil kesempatan ini untukmengucapkan tahniah dan mendoakan agar diana akan mengekalkan imej terbaru buat selama-lamanya.

Melalui sumber yang aku dapat dari beberapa blogger dan portel hiburan, Diana Amir start mengenakan tudung pada 19 Sept 2011 dan ianya bermula bila dia selalu bermimpi tentang hari kiamat (seriusly siapa pun akan takut bila didatangi oleh mimpi macam tu kan) dan Portel Murai.com telah mendapatkan penerangan yang panjang lebar dari tuan badan tentang penghijrahan ini.

---------------------MURAI.COM.MY---------------------

“Syukur Alhamdulillah, Diana mula bertudung pada Isnin lalu (19 September 2011). Sebenarnya, Diana bukan berubah hanya kerana mimpi. Banyak faktor yang menyebabkan Diana untuk tidak berpenampilan seperti dulu.

“Beberapa bulan lepas, Diana bukannya bermimpi tetapi Diana berfikir seorang diri sewaktu Diana bersendirian. Ketika itu, di hati Diana terdetik memikirkan soal kematian. Selepas terbit rasa itu, Diana rasa insaf dan takut. Memang Diana ada niat untuk berubah sebaik saja memikirkannya. Namun, rasa itu hilang begitu saja tetapi rasa keinsafan itu sering saja datang di hati Diana.

“Rasa itu terus dialami sehingga Diana berjumpa sahabat baik Diana. Alhamdulillah, kawan Diana telah memberikan jawapan di sebalik persoalan yang dibangkitkan Diana sehingga kawan Diana itu yang berubah lebih awal yang mana dia pun sudah pun bertudung.

“Dalam penghijrahan sahabat Diana itu, banyak perkara yang Diana pelajari. Dia banyak memberitahu tentang agama sehingga terdetik lagi keinsafan dan menyentuh hati Diana.

“Sebaik saja berjumpanya, Diana tidak mampu mengeluarkan sepatah kata dan hanya diam seribu bahasa. Namun, setibanya Diana di rumah, Diana terus berfikir mencari kepastian serta mendalami erti sebenar apa yang disampaikan kawan Diana. Kebetulan pula, Diana juga dikelilingi insan-insan yang baik. Diana juga mempunyai keluarga angkat yang mana mereka semua tergolong dari mereka yang warak dan kuat agama.

“Setiap kali Diana bersama keluarga angkat. Diana akan mengenakan tudung. Dalam masa yang sama, Diana hormat dengan mereka kerana tidak memperlekehkan sesiapa menerusi luaran saja.

“Mereka sangat baik dan begitu juga dengan keluarga kandung Diana sendiri. Nekad Diana untuk berubah juga kerana sebagai wanita yang belum berkahwin, dosa kita ditanggung oleh ayah tercinta. Sebelum ini, ayah Diana sering saja menasihati Diana. Jadi, mengapa kita nak menghampakan hati dan perasaan wali kita.

“Permintaan ayah juga menguatkan lagi untuk Diana berubah. Sehingga sampai satu malam, Diana betul-betul berfikir. Sungguhpun, apa yang direnangi Diana selama ini sebagai pelakon dan model adalah kehendak dan minat Diana sendiri.

“Namun Diana tahu, ia banyak melalaikan Diana dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. Saya mahu jadi insan yang lebih baik dan tak mahu melakukan dosa lagi.

“Pertama sekali selepas Diana bertudung, Diana mahu perbetulkan tiang agama Diana iaitu solat lima waktu. Insya-Allah, Diana akan kuatkan hati supaya Diana tidak leka lagi. Terus-terang, orang yang pertama tahu niat Diana ini adalah Mr David Teo. Syukur, selepas berbincang dengannya, dia banyak mendorong Diana dan menasihati Diana supaya tidak lupa tanggungjawab terhadap agama walaupun dia bukannya beragama Islam. Selepas itu, barulah Diana berjumpa dengan Irma Hashmie yang menasihati Diana supaya sentiasa membaca hadith.

“Mengenai lakonan pula, semuanya itu terpulang pada rezeki. Sama ada Diana ni bertudung atau pun tidak, lakonan itu adalah rezeki. Diana berterus-terang, sewaktu Diana nekad untuk berubah, Diana ada persetujuan untuk berlakon. Namun, Diana tolaknya dengan cara baik dan Alhamdulillah diterima kerana Diana belum mulakan penggambaran lagi.

“Selepas itu, isteri kepada Aziz M Osman juga ada menghubungi Diana untuk menawarkan berlakon. Waktu itu juga Diana tolak dan berterus-terang. Alhamdullilah, pada malam itu juga isteri abang Aziz telefon semula dan mengatakan bertudung bukanlah satu masalah. Mereka tetap menawarkan watak itu pada saya dan sanggup menukarkan skrip itu mengikut diri Diana yang sudah bertudung. Kerana ini juga, Diana rasa bersyukur dan percaya, rezeki tetap ada asalkan kita ikhlas.

“Diana pun ingin memberitahu bahawa keputusan Diana ini tidak dipengaruhi sesiapa. Diana buat keputusan sendiri kerana Diana tahu, ia baik untuk diri Diana. Bertudung bukan saja menutup kepala tetapi Diana perlu berubah dari segi hati, kelakuan dan macam-macam lagi. Dalam Al-Quran pun banyak memberi peringatan. Diana juga bertudung bukan kerana nak kahwin.

“Sampai sekarang ini, Diana sentiasa berdoa dan berharap hidayah yang diberikan kepada Diana ini berterusan. Diana berharap hidayah ini tidak ditarik balik. Diana takut sangat. Diana juga berharap, pihak media tidak membanding foto-foto Diana yang dulu dengan sekarang.

“Kalau boleh, Diana tak mahu lagi melihat perkara yang mengaibkan itu. Kepada sesiapa yang ingin berubah, biarlah perubahan itu ikhlas. Segala apa yang dimaksudkan Diana itu ada dalam Surah Annur Ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59. Di situ adalah tertulis mengenai aurat,” katanya panjang lebar.

---------------------------------------

Aku selitkan beberapa keping gambar untuk korang tatap gambar terbaru diana Amir yang telah pun bertudung ni..Hope berjumpa lagi dalam next entry aku semasa aku cuti sem nanti..













Khamis, 22 September 2011

Filem Al-Hijab

 
Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan..diharapkan korang sihat selalu la yeee...
semalam (20/09/2011) bertempat di Cathay Cineleisure, Damansara..
aku dapat la jemputan untuk ke majlis Pra-tonton filem terbaru arahan Pierre Andre
Filem ni dari skrip, lakonan dan arahan semuanya Pierre Andre sendiri..dan dibarisi oleh pelakon hebat yang lain seperti Nur Fathia, Maimon Mutalib, Nur Albaniah, Aziz M. Osman Dan ramai lagi..

Sinopsis

Al-Hijab ini berskisahkan tentang Rafael (Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram arahan Aziz M. Osman. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss (Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss (Nur Abadiah) kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh  Mak Tam (Maimon Mutalib) bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Nak tahu penghujung cerita ini..korang kenelah nanatikan di pawagan yang berdekatan pada 06 Oktober 2011..tapi sebelom korang nak tengok cerita yang sebenarnya..korang tengok la dulu Trailer filem ni..semoga kita jumpa lagi dalam entry aku yang seterusnya nanti..jadi aku harapkan korang semua sudi untuk komen dalam entry aku..supaya aku boleh memperbaiki cara penulisan entry yang akan datang..terima kasih..


Selasa, 13 September 2011

Lagu layan perasaan

Assalammualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin...
rasany belom terlambat lagi kalau aku nak ucapkan ucapan raya semua kawan-kawan yang selalu singgah kat blog aku yang tak seberapa ni...walaupun sepanjang bulan puasa aku sekali pun tak pernah update blog nie..tapi nie dah masuk hari ke 13/14 raya baru aku boleh update blog ni untuk korang semua..

Untuk Netry aku kani nie..aku update kan lagu yang sememangnya menjadi kegilaan orang untuk mendengar kat radio (padahal aku yang melalak tengok kat youtube)..

Hope korang enjoy untuk update aku yang dah lama tak update ni..

Dadali - Saat Aku Mencintaimu

Afgan - Pada Mu Mu Bersujud

Azlan & The Typewriter - Jeritan Batinku

Memang lagu ni yang selalu aku pasang kat lappy ni kalau online..sememangnya lagu ni dalam maknanya dan lirik lagu ni boleh layan sampai korang nangis pun boleh..

Aku stop entry sampai sini dah harap jumpa lagi dalam entry yang akan datang yang entah bila lagi aku nak online untuk update..tapi in my next entry..aku nak share dengan korang pengalaman aku masuk rumah Monafendi yang dekat seksyen 12 yang dikatakan berhantu..tapi aku tak janji dalam masa yang terdekat sebab aku nak study untuk my final exam sem 1..korang doakanlah aku boleh jawab exam nanti dengan tenang dan senang aku menghafal laaa nanti...