Isnin, 20 Jun 2011

Konsert GiG TV9

Assalammualaikum....

Selamat malam kawan2...
so aku nak tanya korang yang ada/tinggal kat sekitar i-City,Shah Alam..
siapa yang nak join pergi tengok kensert GiG TV9 bulan depan..
korang mesti dah tak sabar-sabar bebeno nak jumpa dengan artis pujaan korang kan..
so aku pun memang nak sangat pergi tengok konsert tu nanti..
alah bukan jauh mana sangat pun kat dari rumah sewa aku kat seksyen 13 ni..
tapi aku tak boleh nak sure kan lagi untuk konsert ni..sebab takut aku ada hal yang lebih penting nak dibuatkan..

Tapi untuk membahagiakan hati aku ni..aku create la entry hari ni untuk sedapkan mata aku untuk tengok kan..hahaha..so aku just nak mempromosikan lagi la walaupun blog yang aku create ni bukan tajaan...

Konsert ni nanti akan berlangsung selama 2 hari berturut-turut..so kalau dah nama pun konsert, mesti la ada artis yang akan perform kan..jadi konsert ni nanti akan terbahagi kepada 2 hari dengan artis yang berbeza untuk setiap hari yang berlainan..konsert ni nanti akan berlangsung pada 9 & 10 July 2011 di i-City.. Dan artis yang akan perform pada hari Sabtu (9 July 2011) adalah AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay popular Hotfm iaitu Ikhwan dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.Manakala hari Ahad (10 July 2011) pula akan dibarisi oleh Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Dan akan dihoskan oleh Faizal Ismail selaku pengacaranya. Lagi best sebab konsert ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Tapi yang lagi best aku nak kongsi dengan korang semua ni tentang peluang korang untuk dapatkan "Konsert GiG – VIP Treatment” khas untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk join contest ni, pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GiG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 diantara 13 hingga 30 Jun 2011.Dua (2) peserta yang membuat top-up tertinggi dalam tempoh pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Bersama dengan 4 orang rakan mereka, pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah yang berupa layanan VIP termasuk 5 pas VIP ke Konsert Rock GiG, penginapan 2 malam di hotel 5 bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, 5 helai kemeja-T edisi terhad dan 5 helai poster GiG.

So korang tak nak ke dapat tengok konsert ni "FREE" dengan member korang..siap dapat layanan VIP lagi kot...kalau aku yang menang..komfom aku free kan hujung minggu aku pergi tengok konsert ni..hahaha...walau apa pun nanti..siapa yang memang nanti, aku harap korang enjoy la tengok konsert tu nanti ok..

Ahad, 19 Jun 2011

Pak Zami Meninggal dunia..

Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan...hari ni aku agak terkejut la dengar berita pemergian pelakon veteran Arwahyarham Pak Zami Ismail (67) atau lebih terkenal dengan nama Pak Uda..memang terkejut sangat sebab tak ada pulak aku dengar dia masuk hospital balik kan lepas dia dibenarkan keluar dari hospital sebulan yang lepas..

Pak Uda dimasukkan ke hospital 7 May 2011 hari tu disebabkan jangkitan kuman di paru-paru..terus diorang tahap dia kat wat ICU..Then dia dibenarkan keluar wad..tapi menurut sumbur dari Berita Harian Online ,Pak Uda telah dimasukkan semula ke IJN berikutan sakit jantung seminggu yang lepas dan menggembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi tadi (19 June 2011)..Jenazah Arwah Pak Uda akan di kebumikan di tanah perkuburan di Tapah Road selepas Solat Asar..

Pak Uda memang seorang pelakon dan pelawak yang aku rasa memang terbaik la, sebab dia punya lawak bersantai jew kan kalau kita tengok "Hantu Kak Lima Balik Rumah", "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" dan semua lakonan dia cukup tenang.. tapi apakan daya kita nak melawan takdir tuhan kan.. kita hanya mampu berserah dan redha saja dengan ketentuannya..

Jadi aku harap, kita sama-sama boleh mensedekah Al-fatihah kepada arwah yang pernah menghiburkan kita dengan lawak jenaka dia semasa dia hidup, jadi apa salahnya kita membalasnya dengan Al-Fatihah kan.. Semoga roh arwah Pak Zami Ismail tenang di alam sana dan dicucuri rahmat kepadanya.. Aminnn....


Sabtu, 18 Jun 2011

Cer cite @ Hotfm

Assalammualaikum...

Selamat hujung minggu kawan2..
so di petang sabtu yang mendung mendung manja ni nak la citer ngan korang sikit kan..
alah kalau yang pendengar setia hotfm mesti la dah tau citer sebenar yang dah berlaku kat hotfm kan..ni citer tentang abang Syed Adnan @ shy8 dan terlebih dikenali dengan Ucop Wilcha dah masuk Hotfm..

Setelah hampir sebulan diorang mempromosikan tagline "Cer citer, cer citer", "kalau setuju, angkat tangan macam saya" dan "Kite Bakor je.." sekarang secara sahnya abang Ucop wilcha menjadi barisan penyampai station radio yang "Lebih Hangat Daripada Biasa" buat kali pertamanya ke udara dalam Hotfm Am Crew mulai hari Khamis (16 June 2011) yang lalu..

Semasa hari pertama, keudara di Hotfm dan menjadi kebiasaannya untuk menjalani orientasi..dan abang ucop pon tak terlepas dari menjalani orientasi...hahaha...korang nak tengak apa yang berlaku dekat studio pada hari pertama abang ucop di hotfm..tengok ye video nie..


Jadi apa-apa hal..aku harap dengan kemasukan abang ucop wilcha dalam barisan penyampai baru dalam Hotfm Am Crew...akan dapat mendapat tempat di hati pendengar setia dan bakal pendengar Hotfm..
tapi jangan la nanti dah jadi 4 orang ni berebut pulak nak bercakap sampai pendengar pun dah tak tau nak dengar yang mana satu bercakap pulak nanti sudah la kan..hahaha..

So teruskan sokong Hotfm dan usaha-usaha untuk menjadikan Hotfm sebagai station radio No 1 di Malaysia balik... semoga kita jumpa dalam next entry dari aku nanti pulak ok kawan-kawan... jaga diri baik-baik dan jangan merempit di hujung minggu erk...daaaaaaaa...

Rabu, 15 Jun 2011

3 2 1 Cinta

Assalammualaikum...


Hai kawan-kawan...setelah sekian lama aku dah tak update kat blog ni..
biasa lah..dah bergelar student balik ni susah sikit lah nak update selalu kan..
jadi untuk entry aku kali ni tentang movie yang baru aku hadiri semalam
iaitu sesi preview untuk cerita "3 2 1  Cinta"..

Bagi aku..cerita ni memang best sebab dia penuh dengan moral yang boleh kita 
gunakan..walaupun cerita ni bertemakan "Romantik Komedi" tapi jalan cerita yang
disajikan kepada penonton memang senang nak difahamkan..
so korang dah tak payah nak fikir-fikir panjang kalau menonton filem ni la senang cerita..

Sinopsis

Cerita ni berkisahkan tentang seorang perempuan yang berpewatakkan ala tomboy yang bernama Siti Aisyah aka Sam (Diana Amir) yang baru mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi baru di kolej. Di kolej tu dia berjumpa dengan seorang kawan rapat yang bernama Fariz (Pierre Andre) tapi lebih dikenali sebagai Ayam seorang Super Senior di kolej ni..Cerita bermula apabila dia diberitahu bahawa nisbah "Perigi Cari Timba" akan meningkat ke 37:1 di tahun 2020 dan ni dah cukup menakutkan sam sebab tak ada pasangan lagi..dan ditakdirkan bertemu dengan Nazril (Farid Kamil) seorang senior di kolej yang sama tapi ada perangai pelik kalau dia berjumpa dengan awek yang tak berapa nak cantik la..Di sebabkan dia tercabar dengan sikap nazril yang sangat memilih orang untuk berkawan..jadi dia menggunakan pelbagai cara yang sangat Giler untuk memikat hati nazril..tapi dalam masa yang sama, Ayam yang menyimpan perasaan dengan sam mula terasa tersisih sebab sam dah mula rapat dengan nazril..Nazril ni seorang anak yatim piatu yang kehilangan kaluarganya di usia yang muda sanggup menggunakan rumahnya untuk dijadikan rumah anak yatim...jadi kalau korang nak tau apa kesudahan cerita cinta aktara Fariz, Sam dan Nazril...korang kenalah tonton sendiri filem ni kat pawagan yang berdekatan mulai 16 June 2011..

Filem 321 cinta ni terbitan Metrowealth dah mendapat sentuhan daripada Azhari Zain..dan barisan pelakon yang membintangi filem ni adalah :
Farid Kamil, Pierre Andre, Diana Amir, Mustapha kamal, Faith Zakie dan Adie Syafrien..

Jadi korang layan jew dulu trailer filem ni sebelum pergi pawagan tonton yang full movie..

Jadi selamat menonton dan hope kita jumpa lagi dalam entry aku yang akan datang nanti..

Rabu, 1 Jun 2011

Sejuta Klik Untuk Banyak iPAd 2

Assalammualaikum...

Entry aku kali ni..
khas aku tujukan kepada semua pendengar setia
station radio yang Lebih hangat Daripada Biasa
apa lagi kalau bukan Hotfm..


Sebelum ni kita sedia maklum yang Jack Sparrow bukan saja
menjadi lanun di laut..tapi sekarang dah moden sikit dalam bab
hacked meng"hacked" di internet..dan dia dan anak kapal yang menggelarkan diri
RileksCrew+H3x4 Crew+Newbie3vilc063s+Ha¢kin | Cr³w
telah menakluk laman kipas (fan page) Facebook Hotfm pada 10 May 2011..


Jadi disebabkan lanun dan menakluk fan page diorang..
terpaksa la Hotfm buat fan page yang baru ..
dan sekarang ni, diorang sedang bertungkus lumus untuk mengumpul
kembali pengikut-pengikut setia Hotfm di facebook diorang
dan berjanji akan memberikan Hadiah Besar kepada
pengikut setia fan page tersebut jika berjaya mencapai
angka 700,000 dan mensasarkan 1,000,000 "Like"

Jadi lebih ramai yang meng"l" fan page Hotfm
lebih cepat la diorang nak bagi hadiah-hadiah..
dan antara hadiah yang diorang nak bagi kepada pengikut
setia diorang iPad 2 dan ada juga wang tunai sehingga RM 10,000.00

Woww..ni dah giler banyak hadiah dah ni..
jadi pada korang yang belum lagi "LIKE"
Fan Page Hotfm yang baru boleh je cari fb diorang
atau aku bagi cara paling senang untuk korang nak cari..

Korang hanya klik Fan Page Hotfm di sini..


Jadi lebih cepat, dan lebih ramai yang meng"LIKE" fan page FB diorang..
lebih cepat la diorang nak bagi hadiah kepada yang bertuah..
jadi aku berkempen ni untuk aku cepat boleh menang iPad 2..
sape yang tak nak iPad 2 free kan..

So aku stop entry kali ni di sini..
dan selalu lah buka FB Hotfm tu ye...