Ahad, 19 Jun 2011

Pak Zami Meninggal dunia..

Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan...hari ni aku agak terkejut la dengar berita pemergian pelakon veteran Arwahyarham Pak Zami Ismail (67) atau lebih terkenal dengan nama Pak Uda..memang terkejut sangat sebab tak ada pulak aku dengar dia masuk hospital balik kan lepas dia dibenarkan keluar dari hospital sebulan yang lepas..

Pak Uda dimasukkan ke hospital 7 May 2011 hari tu disebabkan jangkitan kuman di paru-paru..terus diorang tahap dia kat wat ICU..Then dia dibenarkan keluar wad..tapi menurut sumbur dari Berita Harian Online ,Pak Uda telah dimasukkan semula ke IJN berikutan sakit jantung seminggu yang lepas dan menggembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi tadi (19 June 2011)..Jenazah Arwah Pak Uda akan di kebumikan di tanah perkuburan di Tapah Road selepas Solat Asar..

Pak Uda memang seorang pelakon dan pelawak yang aku rasa memang terbaik la, sebab dia punya lawak bersantai jew kan kalau kita tengok "Hantu Kak Lima Balik Rumah", "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" dan semua lakonan dia cukup tenang.. tapi apakan daya kita nak melawan takdir tuhan kan.. kita hanya mampu berserah dan redha saja dengan ketentuannya..

Jadi aku harap, kita sama-sama boleh mensedekah Al-fatihah kepada arwah yang pernah menghiburkan kita dengan lawak jenaka dia semasa dia hidup, jadi apa salahnya kita membalasnya dengan Al-Fatihah kan.. Semoga roh arwah Pak Zami Ismail tenang di alam sana dan dicucuri rahmat kepadanya.. Aminnn....


1 ulasan:

armouris berkata...

takziah dan al-Fatihah! info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi