Isnin, 20 Jun 2011

Konsert GiG TV9

Assalammualaikum....

Selamat malam kawan2...
so aku nak tanya korang yang ada/tinggal kat sekitar i-City,Shah Alam..
siapa yang nak join pergi tengok kensert GiG TV9 bulan depan..
korang mesti dah tak sabar-sabar bebeno nak jumpa dengan artis pujaan korang kan..
so aku pun memang nak sangat pergi tengok konsert tu nanti..
alah bukan jauh mana sangat pun kat dari rumah sewa aku kat seksyen 13 ni..
tapi aku tak boleh nak sure kan lagi untuk konsert ni..sebab takut aku ada hal yang lebih penting nak dibuatkan..

Tapi untuk membahagiakan hati aku ni..aku create la entry hari ni untuk sedapkan mata aku untuk tengok kan..hahaha..so aku just nak mempromosikan lagi la walaupun blog yang aku create ni bukan tajaan...

Konsert ni nanti akan berlangsung selama 2 hari berturut-turut..so kalau dah nama pun konsert, mesti la ada artis yang akan perform kan..jadi konsert ni nanti akan terbahagi kepada 2 hari dengan artis yang berbeza untuk setiap hari yang berlainan..konsert ni nanti akan berlangsung pada 9 & 10 July 2011 di i-City.. Dan artis yang akan perform pada hari Sabtu (9 July 2011) adalah AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol. Konsert ini akan dihoskan oleh deejay popular Hotfm iaitu Ikhwan dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.Manakala hari Ahad (10 July 2011) pula akan dibarisi oleh Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense. Dan akan dihoskan oleh Faizal Ismail selaku pengacaranya. Lagi best sebab konsert ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

Tapi yang lagi best aku nak kongsi dengan korang semua ni tentang peluang korang untuk dapatkan "Konsert GiG – VIP Treatment” khas untuk pengguna perkhidmatan prabayar DiGi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk join contest ni, pelanggan DiGi perlu melanggan pakej CallerTunes DJ GiG dengan hanya RM1 seminggu dan mengaktifkan Super Reload Social RM15 diantara 13 hingga 30 Jun 2011.Dua (2) peserta yang membuat top-up tertinggi dalam tempoh pertandingan akan dipilih sebagai pemenang. Bersama dengan 4 orang rakan mereka, pemenang yang bertuah akan mendapat hadiah yang berupa layanan VIP termasuk 5 pas VIP ke Konsert Rock GiG, penginapan 2 malam di hotel 5 bintang di Shah Alam, perkhidmatan pemandu peribadi dari hotel ke lokasi konsert, 5 helai kemeja-T edisi terhad dan 5 helai poster GiG.

So korang tak nak ke dapat tengok konsert ni "FREE" dengan member korang..siap dapat layanan VIP lagi kot...kalau aku yang menang..komfom aku free kan hujung minggu aku pergi tengok konsert ni..hahaha...walau apa pun nanti..siapa yang memang nanti, aku harap korang enjoy la tengok konsert tu nanti ok..

Tiada ulasan: