Selasa, 16 Oktober 2012

Lebar Sayap Shila Amzah

Assalammualaikum dan salam petang 1Malaysia semua..

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendapat perkhabaran mengenai artis tempatan kita yang sedang mendapatkan tempat di pentans antarabangsa. Antaranya seperti Zee Avi di US, BunkFace (Indonesia), Yuna (US), dan yang terbaru Shila Amzah sedang mendapatkan tempatnya pula di Shanghai, China.


Nur Shahila Binti Amir Hamzah atau lebih dikenali bebagai Shila Amzah yang dilahirkan pada 13 Ogos 1992 mula menunjukkan bakatnya menerusi Bintang Kecil RTM dan mendapat tempat ke-2 dan kini selepas 12 tahun bertapak dalam dunia nyanyian, bakat dia telah diiktiraf dalam pertandingan Asean Wave 2012 dengan kemenangan tempat pertama yang telah mengalahkan 6 negara pesaing yang lain.

Shila Amzah adalah wakil tunggal dari Malaysia yang mara keperingkat ahkir pada mulanya menyampaikan lagu Set Fire To The Rain (Adele) dan Forever Love (Wang Lee Hom) seterusnya menempah nama keperingkat akhir dan telah membawa 3 lagu yang berlainan iaitu Gemilang (Melayu), Grenade (English) dan Zheng Fu "征服" (Manderin).

Dengan kemenangan ini, Shila telah menerima hadiah dana sejumlah RM 5 juta untuk digunakan olehnya dan berkongsi dengan pemenang tempat kedua dan ketiga untuk memperluaskan bakat mereka di sana dengan kontrak 2 tahun bersama dengan Shanghai Media Team Entertainment Group (SMG).

Khabar terbaru Guang Ming Daily. Pengurusnya berkata bahawa mereka akan merakamkan kembali lagu Forever Love yang akan dinyanyikan semula oleh Shila Amzah dan penyanyi asal lagu ini (Wang Lee Hom) dan semua lagu yang dipertandingkan di pentas Asean Wave 2012 dan buat sana ini, Shila terpaksa berulang alik dari KL - Shanghai bagi memenuhi segala perancangan yang telah ditetapkan oleh syarikat SMG untuk mengembangkan kariernya disana. Kita sama-sama doakan segala yang terbaik untuknya.




Tiada ulasan: