Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 27 Mei 2013

Citrawarna 1 Malaysia 2013

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pembaca..

Rasa sudah cukup lama aryll tak update blog untuk semuakan..almaklumlah..sekarang nie walaupun cuti semestar tapi tetap busy dengan komitmen lain..

Citrawarna 1Malaysia baru sahaja lepas pada hari sabtu yang lepas..sebenarnya aryll sibuk untuk pesembahan la..jadi kali nie aryll just nak share dengan korang semua beberapa gambar yang melibatkan tentang sekitar aksi-aksi penari yang menyertai citrawarna tahun ini..









Khamis, 18 Oktober 2012

Wonder Girls Berbaju Kurung.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..


Aril pasti dikalangan pembaca blog aril ni mesti ada yang meminati group sensasi dari Korea Selatan ni kan..Sungguh ayu dan terpesona Aril bila melihat awek-awek Wonder Girls ni bila mereka mengenakan baju kurung semasa mengadakan persembahan di Konsert Wonder World Tour Live in Malaysia 2012 pada 13 Oktober yang lalu.

Wonder Girls yang terdiri daripada Yoobin (24), Sunye (23), Hyelin (20), Yenny (23) dan Sohee (20) telah mengadakan konsert mereka di Stadium Merdeka dan disaksikan lebih dari 4000 peminatnya..Mereka telah membuat kejutan kepada peminat di Malaysia dengan mengenakan salinan baju kurung semasa mereka menyanyikan lagu "Be My Baby" dan Sepanjang konsert berlangsung, enam persalinan dikenakan oleh mereka.

Aril kongsikan beberapa keping gambar keayuan mereka Berbaju Kurung.





Baca Artikal mereka selanjutnya di SINI.

Selasa, 16 Oktober 2012

Lebar Sayap Shila Amzah

Assalammualaikum dan salam petang 1Malaysia semua..

Sejak akhir-akhir ini, kita sering mendapat perkhabaran mengenai artis tempatan kita yang sedang mendapatkan tempat di pentans antarabangsa. Antaranya seperti Zee Avi di US, BunkFace (Indonesia), Yuna (US), dan yang terbaru Shila Amzah sedang mendapatkan tempatnya pula di Shanghai, China.


Nur Shahila Binti Amir Hamzah atau lebih dikenali bebagai Shila Amzah yang dilahirkan pada 13 Ogos 1992 mula menunjukkan bakatnya menerusi Bintang Kecil RTM dan mendapat tempat ke-2 dan kini selepas 12 tahun bertapak dalam dunia nyanyian, bakat dia telah diiktiraf dalam pertandingan Asean Wave 2012 dengan kemenangan tempat pertama yang telah mengalahkan 6 negara pesaing yang lain.

Shila Amzah adalah wakil tunggal dari Malaysia yang mara keperingkat ahkir pada mulanya menyampaikan lagu Set Fire To The Rain (Adele) dan Forever Love (Wang Lee Hom) seterusnya menempah nama keperingkat akhir dan telah membawa 3 lagu yang berlainan iaitu Gemilang (Melayu), Grenade (English) dan Zheng Fu "征服" (Manderin).

Dengan kemenangan ini, Shila telah menerima hadiah dana sejumlah RM 5 juta untuk digunakan olehnya dan berkongsi dengan pemenang tempat kedua dan ketiga untuk memperluaskan bakat mereka di sana dengan kontrak 2 tahun bersama dengan Shanghai Media Team Entertainment Group (SMG).

Khabar terbaru Guang Ming Daily. Pengurusnya berkata bahawa mereka akan merakamkan kembali lagu Forever Love yang akan dinyanyikan semula oleh Shila Amzah dan penyanyi asal lagu ini (Wang Lee Hom) dan semua lagu yang dipertandingkan di pentas Asean Wave 2012 dan buat sana ini, Shila terpaksa berulang alik dari KL - Shanghai bagi memenuhi segala perancangan yang telah ditetapkan oleh syarikat SMG untuk mengembangkan kariernya disana. Kita sama-sama doakan segala yang terbaik untuknya.