Selasa, 16 Oktober 2012

Farid Kamil Umum Kahwin 03 November 2012

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..

Khabar gembira dimana seorang lagi pelakon dan pengarah yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis idamannya tidak lama lagi.. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan tunangnya Dianan Danielle pada 03 November 2012..

Berita ini diumumkan sendiri oleh beliau semasa majlis pra tonton filem arahan dan lakonan beliau sendiri Pe3  di TGV, Sunway Piramid malam tadi. Filem ini akan mula ditayangkan kepada umum mulai 18 November 2012.

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya..

Tiada ulasan: