Khamis, 11 Oktober 2012

Jom Tengok Pe3

Assalammualaikum dan dalam 1Malaysia buat semua..

Pasti korang bertanyakan "apa ni Pe3?"

Ini adalah filem terbaru arahan dan lakonan hero malaysia kita Farid Kamil. dengan tagline "Bapak Segala Gengster" Ianya berkisarkan mengenai kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil) dan dibantu oleh Fumi, Siva, Chat, dan Jerry. Kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang yang tersendiri dan segala rancangan mereka amatlah licik dan cekap dan susah untuk dihidu oleh pihak berkuasa.

Bakal ditayangkan kepada umum mulai 18 Oktober 2012 ini dibarisi pelakon hebat seperti Farid kamil, Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Bakar, Fyza Kadir dan ramai lagi. Malah tuan Produser terkenal milik Metrowealth Picture (Major (K) David Teo) juga akan membuat penampilannya dalam filem ini.

Aril pasti korang semua pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan filem ini nanti. Jadi sama-sama kita nantikan ianya ditayangkan okey. Sebelum tu, kita layan dulu trailer yang disediakan. 



Tiada ulasan: