Rabu, 5 September 2012

Filem Salam Cinta


Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca Blog saya.


Isnin lalu bertempat di TGV Sunway Piramid telah berlangsungnya tayangan perdana media dan peminat bertuah untuk filem Salam Cinta lakonan Diana Amir, Kamal Adli, Mon Ryanti, Razak Ahmad, Syuk Balas dan ramai lagi. Filem edaran MiG arahan Azahari Zain ini membawa genre romantik islamik. Filem ini mengisahkan mengenai AMIRUL (KAMAL ADLI), seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berfoya-foya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama. SHUIB (SYUK BALAS) merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan jayanya.

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN (ABDUL  RAZAK AHMAD) , seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA (MON RYANTI), kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang model terkenal mula berasa bengang dengan perubahan Amirul yang secara tiba-tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA (DIANA AMIR), anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia  yang memusnahkan semuanya. Dapatkah Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul-betul telah berubah? Semuanya akan terjawab dalam filem “SALAM CINTA”. 

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar sekitar sidang media yang trailer filem SALAM CINTA. Jangan lupa untuk menyaksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda mulai 06 September 2012.

David Teo bersama para pelakon

Pengarah Azahari Zain

Major (K) David Teo

Barisan Pelakon Salam Cinta

Trailer Salam Cinta