Khamis, 6 September 2012

Ashraf Muslim kembali berlakon!

Assalammualaikum, salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua Pembaca Blog saya.



Pengacara dan Pelakon utama drama Ustaz Amirul (Ashraf Muslim), dikhabarkan akan mula bergiat aktif kembali selepas berehat sementara suatu masa lalu akan mula masuk set penggambaran "Aku Bukan Haji" pada 10 September nanti.

"Keputusan untuk kembali berlakon dibuat selepas Klinik Al-Hidayah yang dikendalikan bersama Hj Lokman sudah mempunyai beberapa orang petugas lain," kongsi Ashraf.

Apa yang menariknya mengenai drama yang akan ditayangkan di saluran Al-Hijrah ini adalah drama sulung terbitan syarikatnya sendiri iaitu Al-Hidayah Production. Syarikat produksi ini ditubuhkan bukan sekadar menumpukan pada penerbitan drama, malah juga akan menerbitkan dokumentasi dan program yang lain juga.

Kami akan sentiasa mendoakan agar segalanya akan berjalan dengan lancarlah hendahnya segala urusan yang direncanakan.

Tiada ulasan: