Rabu, 26 September 2012

Berita Malique Meninggal Dunia Adalah Palsu

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..


Sebut sahaja nama Malique Ibrahim, siapa yang tidak kenal dengan rapper melayu seorang ni. Beliau sering kali menghasilkan karya lagu yang menarik serta boleh diterima ramai. Daripada karya terdahulu sehingga yang terbaru "Teman Pengganti ft Black Mentor" pasti akan mendapat tempat dihati pendengar.

Tapi sekarang aril pasti berita mengenai Malique (TOO PHAT) meninggal dunia sedang hangat tersebar luas di BBM, FACEBOOK, serta TWITTER.

Disini, Aril nak bagitau pada korang semua bahawasanya Malique masih lagi bernafas seperti biasa. Jadi  segala spekulasi mengenai Malique dah meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali, tapi mengenai penyakit barah otak atau Brain Cancer masih menjadi tanda tanya pada berita ini kerana aril sendiri masih tidak dapat kenal pasti mengenai kesahihan cerita ini. 

Jadi sama-sama lah kita doakan agar segalanya akan menjadi seperti sediakala. Janganlah kita doakan yang tidak elok pada mereka yang masih sihat kerana dalam islam sendiri menyeru agar kita sentiasa mendoakan kesejahteraan sesama umatnya. Jadi janganlah pula kita mendoakan perkara yang buruk kerana setiap apa yang kita katakan adalah doa yang mungkin akan dimakbulkan oleh tuhan yang maha esa.

Jom sama-sama kita layan lagu terbaru dari Malique Ibrahim ft Black - Teman Pengganti




Tiada ulasan: