Sabtu, 31 Disember 2011

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega

Assalammualaikum...salam 1Malaysia semua...


Semalam kita telah menyaksikan dan mengetahui siapa si gerangan Juara pertandingan anjuran Astro warna. Setelah hampir 10 minggu disajikan akhirnya Juara disandang oleh Orang Lama (OSBON).

OSBON adalah gabungan 2 pelawak lama Mr.OS dan ABON. kedua-duanya memang siapa tak kenal dan gabunagn mereka untuk MLM memang menjadi. Dengan kemenangan RM 350,000 itu akan dibahagi 2 saja lah kan..Menurut perancangan duit yang dimenangi itu Mr.OS, dia akan menggunakan duit itu untuk menyara hidup keluargnya malah apabila ditanya adakah dia akan meninggalkan kerjayanya sebagai pemandu teksi..

“Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini."

“Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil,” katanya.

Os berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya final MLM yang menyaksikan kumpulan Boboi muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM250,000, tempat ketiga Saehu (RM150,000) dan pemenang keempat Syok (RM50,000).

Pada pertandingan yang menggunakan sistem pemarkahan 70 peratus daripada para pengkritik dan 30 peratus lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton itu, Osbon mendapat 31.1 peratus markah, Boboi (29.3), Saehu (22) dan Syok (17.5).

Nampaknya inilah kekuatan Orang Lama, siapa sangka pada mulanya sering mendapat kritikkan panas dari juri  Dato Chef Wan, akhirnya mereka mendapat inspirasi untuk mengubah cara lawak mereka untuk yang lebih senang didekati penonton dan pengundi. Kata ABON 

“Dalam tiga minggu pertama menyertai MLM kami memang dikutuk teruk menyebabkan kami terpinga-pinga. Saya mulanya seperti tidak boleh terima bagaimana seorang tukang masak seperti Chef Wan mengkritik lawak kami sedangkan dia bukannya pelawak.

“Begitu juga misalnya dengan Zainal Abidin Hassan seorang pemain bola sepak. Apa yang dia (Zainal) tahu tentang lawak jenaka? Tetapi kami terima kritikan mereka dengan hati terbuka dan menyahut cabaran serta kritikan itu bagi menunjukkan bakat sebenar kami,” jelasnya.

Rabu, 9 November 2011

Senarai Top 5 FFM 24

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia semua..


Nampaknya Festival Filem Malaysia (FFM) akan masuk tahun ke 24 yang akan diadakan di PICC pada 19 November 2011 telah pun mengeluarkan senarai penuh bagi calon calon yang akan bertanding di malam akhir iaitu malam yang akan mengangkat sesebuah karya hasil kretiviti anak seni tempatan.

Selaras dengan tema festival filem tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia, anugerah yang bakal disampaikan akan dinamakan Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Anugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta. Sebanyak 14 trofi akan diberikan di bawah kategori Anugerah Gemilang Perdana dan 11 untuk Anugerah Gemilang Cipta.

Berikut adalah senarai bagi pencalonan FFM 24

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik:
Wan Nor Aizat – Aku Bukan Tomboy
Irzan Shah – Cun
Erynne Erynna – Damping Malam
Ilyas Suhaimi – Nur Kasih
Mia Sara Nasuha – Sekali Lagi

Pelakon Harapan Wanita Terbaik :
Nadia Nisaa – Cun
Shera Aiyob – Karak
Syamira Azmil – Karipap-Karipap Cinta
Shamimie Amalina Nor Norhisaham – Klip 3GP
Sara Ali – Nur Kasih

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik:
Aeril Zafrel – Aku Tak Bodoh
Zalif Sidek – Bini-Biniku Gangster
Arja Lee – … Dalam Botol
Adey Syafrien – Flat 3A

Lagu Tema Terbaik:
Edry Abdul Halim – Sedetik Lebih
One Nation Emcee – Klip 3GP
Yasin – Nur Kasih
Azry dan Ari – Sekali Lagi
Syamsir – Sini Ada Hantu

Kostum Terbaik :
Hantu Kak Limah Balik Rumah
KL Gangster
Kongsi (Nur Diana Arshad)
Merong Mahawangsa

Penyunting Terbaik :
Wan Mohd Hafiz – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul – KL Gangster
Brian Ng – Kongsi
Ahmad Mustadha – Senjakala

Penataan Bunyi Terbaik :
Brian Ng – Flat 3A
Sazali – Merong Mahawangsa
Hisyam – Khurafat
Hisyam – KL Gangster
Dustin – Nur Kasih

Cerita Asal Terbaik :
Mamat Khalid – Hantu dalam Botol Kicap
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – KL Gangster
Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih

Lakon Layar Terbaik :
Yusry Abd Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Syamsul Yusof – Khurafat
Farid Kamil – Kongsi
Mira Mustaffa – Nur Kasih

Sinematografi Terbaik :
Daven Raghavan – Cun
Mohd Noor Mohd Kassim – Merong Mahawangsa
Azami Alias / Omar Ismail – Khurafat
Mihd Shaufe Abd Wahib – Libas
Norhanisham Muhamad – Nur Kasih

Penataan Seni Terbaik :
Anuar Paharudin – Mantra
Anuar Paharudin – Flat 3A
Anuar Paharudin – Merong Mahawangsa
Faizal Yusof – KL Gangster
Irwan – Cun

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik :
Intan Ladyana – Bini-Biniku Gangster
Faezah Elai – Cun
Ogy Datuk Ahmad Daud – … Dalam Botol
Sherry Merlis – Janin
Sabrina Ali – Khurafat

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik :
Hasnol Rahmat – Mantra
Sofi Jikan – KL Gangster
Khir Rahman – Merong Mahawangsa
Syed Asri – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Salehudin – Hantu Bonceng

Pelakon Wanita Terbaik :
Maya Karin – Cun
Shahreza – Janin
Tiz Zakiah – Nur Kasih
Lisa Surihani – Sekali Lagi
Liyana Jasmay – Senjakala

Pelakon Lelaki Terbaik :
Syamsul Yusof – KL Gangster
Awie – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Shaheizy Sam – Kongsi
Remy Ishak – Nur Kasih
Zahiril Adzim – Senjakala

Pengarah Terbaik :
Osman Ali – Cun
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Yusry Abdul Halim – Merong Mahawangsa
Syamsul Yusof – KL Gangster
Ahmad Idham – Senjakala

Jadi malam Anugerah ini akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima (saluran 105) dan ulangannya menerusi Astro Citra (saluran 131).

Isnin, 31 Oktober 2011

Goliath Band on my Twitter...

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..

Pertama sekali, aku just nak share jew la dengan korang semua kan..walaupun berita ni bukan penting sangat nak share dengan korang kan..tapi sekadar aku nak share seronok dengan korang...

Hahaha..dengan bongkaknya aku memang ada la twitter sendiri kan..walaupun korang ada yang tahu atau tak tahu dengan kewujudan twitter aku ni.. So sekarang aku nak mewawarkan bahawasanya aku pun ada twitter ok kawan-kawandan korang pun jangan lupa follow aku juga yee..tapi ini bukan yang aku nak highlight kan dekat entry aku kali ni..tapi aku nak bagitau yang twitter aku telahpun di Follow oleh Goliath Band dari Indonesia..

** klik gambar untuk besarkan gambar ni..

Memang aku sedia maklum yang korang ni mungkin kurang tahu dengan kewujudan Goliath band ni..so aku nak berkongsi la dengan korang semua tentang Goliath band ni.. Kumpulan ni diwujudkan sekitar bulan February 2009 yang dianggotai 6 orang anak muda dengan posisi Ary Irawan (Ary) - Vocal , Dara Priana (Dara) - Gitaris , Rizal Gunawan (Rizal) - Lead Gitar , Izwa Yusman (Izwa) - Bassist , Ardyan Motoe (Ardy) - Keyboardist , dan Ginanjar Prahasta (Gie) - Drummer..

Jadi kalau korang nak mengenali kumpulan Goliath band ni dengan lebih dekat..korang boleh follow diorang punya :-


So..sebagai permulaan untuk korang mula jatuh cinta dengan kumpulan Goliath Band ni..aku dengan baik hati dan murah hati nya sertakan gambar dan lagu pilihan yang aku selalu dengar dalam kereta (maklum la, aku dah ada CD diorang ni..original dari Indonesia lagi..)









 

Cinta Monyet - Goliath Band



Ahad, 30 Oktober 2011

Fara Fauzana & Neelofa Bergabung Meletup

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia semua...
dah lama rasanya tak meng"update"kan blog ni..biasa la orang sedang menikmati cuti yang panjang..sebenarnya dah lama nak update story dengan korang semua, tapi masa sangatlah jealous dengan waktu yang menyebabkan tak sempat nak update entry baru untuk korang semua..

Jadi peluang yang ada ni, aku nak share dengan korang semua ni, tentang berita baik buat peminat Fara Fauzana atau Fafau yang telah terpilih untuk mengecarakan rancangan yang popular iaitu NONA yang sebelum ini di hoskan oleh Vanida Imran untuk sepanjang tahun 2011. Jadi dengan bermulanya tahun baru 2012 nanti, NONA akan dikendalikan oleh Fafau yang buat pertama kalinya akan digandingkan dengan Neelofa sebagai pengacara bersama. Ini juga dalam sejarah rancangan NONA sendir apabila 2 orang pengacara yang akan mengendalikan program tersebut.

Berita tentang pelantikan hos terbaru ni talah pun diadakan pada 29 Oktober 2011 oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network Media Prima Nite Live. NONA sebelum ni dikatakan agak membosankan, jadi dengan pengumuman hos terbaru untuk NONA 2012 diharapkan dapat menaikan ratingnya kembali. Semamangnya gandingan 2 pengacara ini adalah satu langkah yang tepat kerana ianya memberi suntingan yang baru kerana mengandingkan seorang yang berpengalaman dan seorang pendatang baru bagi memecah tradisi yang sebelum ini hanya seorang sahaja yang mengendalikan rancangan ini yang disiarkan setiap hari ahad, jam 2.00 petang di TV3..











Selasa, 11 Oktober 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Assalammualaikum...salam 1 Malaysia semua...


Pertama sekali, aku nak mengucapkan takziah buat keluarga Penyanyi Veteran Datuk Ahmad Jais yang telah meninggal dunia pada 11 Oktober 2011 (Selasa)..Beliau yang berusia 77 tahun telah menghambuskan nafas yang terakhir pada jam 9.19am di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. – Mstar.com.my

Semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan ditempatkan di sisi kekasihnya yang dirahmati. Amin..

Al-Fatihah.



Jumaat, 7 Oktober 2011

Pelakon Adey Syafrien masuk wad ?


Assalammualaikum...Salam 1 Malaysia semua..

Dalam sebuk dengan pembentangan Bajet 2012 di TV ni, sempat juga nak mengkhabarkan berita dari MIG Online bahawasanya seorang pelakon muda yang masih baru dalam industri seni tempatan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu kerana terkena demam denggi.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Hadrie Syafrien atau Adey Syafrien. Beliau yang memeng watak sebagai Eric dalam drama "Kasih Alia" bagaimanapun telah sembuh dari penyakitnya itu. Walaupun sebuk di lokasi penggambaran filem terbaru "TAIKUN".. Kesihatan juga perlu diutamakan. Semoga beliau cepat sembuh dan akan terus bersemangat dalam career sekarang.

Siti Nurhaliza - Falling In Love (Official Video)





Assalammualaikum...salam 1Malaysia semua..

Nampaknya Dato Siti Nurhaliza telah pun mengeluarkan VC terbaru untuk lagu english pertama yang sedang hangat diputarkan di radio. Lagu yang terkandung dalam album pertama sepenuhnya "All Your Love" yang telah dilancarkan pada 26 September 2011 di Restoran Shook, Gallery Starhill, Bukit Bintang.

VC ini dilakukan di sekitar Pavilion, Bukit Bintang pada 12 September 2011 dan telah mula dipertontonkan pada 05 Oktober 2011 lalu. Memang ramai yang sudah pun melihat dan macam macam Comment yang telah diberikan. Ada yang Positif dan sebaliknya. Jadi, pada korang yang belum sempat untuk lihat hasil VC terbaru Dato Siti Nurhaliza, boleh lah tengok di sini. Sebarang comment boleh diberikan untuk VC terbaru ataupun cara penulisan bolehlah tinggalkan di ruang Comment di bawah..

Selamat terhibur dengan VC terbaru ini..