Ahad, 30 Oktober 2011

Fara Fauzana & Neelofa Bergabung Meletup

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia semua...
dah lama rasanya tak meng"update"kan blog ni..biasa la orang sedang menikmati cuti yang panjang..sebenarnya dah lama nak update story dengan korang semua, tapi masa sangatlah jealous dengan waktu yang menyebabkan tak sempat nak update entry baru untuk korang semua..

Jadi peluang yang ada ni, aku nak share dengan korang semua ni, tentang berita baik buat peminat Fara Fauzana atau Fafau yang telah terpilih untuk mengecarakan rancangan yang popular iaitu NONA yang sebelum ini di hoskan oleh Vanida Imran untuk sepanjang tahun 2011. Jadi dengan bermulanya tahun baru 2012 nanti, NONA akan dikendalikan oleh Fafau yang buat pertama kalinya akan digandingkan dengan Neelofa sebagai pengacara bersama. Ini juga dalam sejarah rancangan NONA sendir apabila 2 orang pengacara yang akan mengendalikan program tersebut.

Berita tentang pelantikan hos terbaru ni talah pun diadakan pada 29 Oktober 2011 oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network Media Prima Nite Live. NONA sebelum ni dikatakan agak membosankan, jadi dengan pengumuman hos terbaru untuk NONA 2012 diharapkan dapat menaikan ratingnya kembali. Semamangnya gandingan 2 pengacara ini adalah satu langkah yang tepat kerana ianya memberi suntingan yang baru kerana mengandingkan seorang yang berpengalaman dan seorang pendatang baru bagi memecah tradisi yang sebelum ini hanya seorang sahaja yang mengendalikan rancangan ini yang disiarkan setiap hari ahad, jam 2.00 petang di TV3..











Tiada ulasan: