Selasa, 11 Oktober 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Assalammualaikum...salam 1 Malaysia semua...


Pertama sekali, aku nak mengucapkan takziah buat keluarga Penyanyi Veteran Datuk Ahmad Jais yang telah meninggal dunia pada 11 Oktober 2011 (Selasa)..Beliau yang berusia 77 tahun telah menghambuskan nafas yang terakhir pada jam 9.19am di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. – Mstar.com.my

Semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan ditempatkan di sisi kekasihnya yang dirahmati. Amin..

Al-Fatihah.



Tiada ulasan: