Isnin, 31 Oktober 2011

Goliath Band on my Twitter...

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..

Pertama sekali, aku just nak share jew la dengan korang semua kan..walaupun berita ni bukan penting sangat nak share dengan korang kan..tapi sekadar aku nak share seronok dengan korang...

Hahaha..dengan bongkaknya aku memang ada la twitter sendiri kan..walaupun korang ada yang tahu atau tak tahu dengan kewujudan twitter aku ni.. So sekarang aku nak mewawarkan bahawasanya aku pun ada twitter ok kawan-kawandan korang pun jangan lupa follow aku juga yee..tapi ini bukan yang aku nak highlight kan dekat entry aku kali ni..tapi aku nak bagitau yang twitter aku telahpun di Follow oleh Goliath Band dari Indonesia..

** klik gambar untuk besarkan gambar ni..

Memang aku sedia maklum yang korang ni mungkin kurang tahu dengan kewujudan Goliath band ni..so aku nak berkongsi la dengan korang semua tentang Goliath band ni.. Kumpulan ni diwujudkan sekitar bulan February 2009 yang dianggotai 6 orang anak muda dengan posisi Ary Irawan (Ary) - Vocal , Dara Priana (Dara) - Gitaris , Rizal Gunawan (Rizal) - Lead Gitar , Izwa Yusman (Izwa) - Bassist , Ardyan Motoe (Ardy) - Keyboardist , dan Ginanjar Prahasta (Gie) - Drummer..

Jadi kalau korang nak mengenali kumpulan Goliath band ni dengan lebih dekat..korang boleh follow diorang punya :-


So..sebagai permulaan untuk korang mula jatuh cinta dengan kumpulan Goliath Band ni..aku dengan baik hati dan murah hati nya sertakan gambar dan lagu pilihan yang aku selalu dengar dalam kereta (maklum la, aku dah ada CD diorang ni..original dari Indonesia lagi..)









 

Cinta Monyet - Goliath Band



Ahad, 30 Oktober 2011

Fara Fauzana & Neelofa Bergabung Meletup

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia semua...
dah lama rasanya tak meng"update"kan blog ni..biasa la orang sedang menikmati cuti yang panjang..sebenarnya dah lama nak update story dengan korang semua, tapi masa sangatlah jealous dengan waktu yang menyebabkan tak sempat nak update entry baru untuk korang semua..

Jadi peluang yang ada ni, aku nak share dengan korang semua ni, tentang berita baik buat peminat Fara Fauzana atau Fafau yang telah terpilih untuk mengecarakan rancangan yang popular iaitu NONA yang sebelum ini di hoskan oleh Vanida Imran untuk sepanjang tahun 2011. Jadi dengan bermulanya tahun baru 2012 nanti, NONA akan dikendalikan oleh Fafau yang buat pertama kalinya akan digandingkan dengan Neelofa sebagai pengacara bersama. Ini juga dalam sejarah rancangan NONA sendir apabila 2 orang pengacara yang akan mengendalikan program tersebut.

Berita tentang pelantikan hos terbaru ni talah pun diadakan pada 29 Oktober 2011 oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network Media Prima Nite Live. NONA sebelum ni dikatakan agak membosankan, jadi dengan pengumuman hos terbaru untuk NONA 2012 diharapkan dapat menaikan ratingnya kembali. Semamangnya gandingan 2 pengacara ini adalah satu langkah yang tepat kerana ianya memberi suntingan yang baru kerana mengandingkan seorang yang berpengalaman dan seorang pendatang baru bagi memecah tradisi yang sebelum ini hanya seorang sahaja yang mengendalikan rancangan ini yang disiarkan setiap hari ahad, jam 2.00 petang di TV3..











Selasa, 11 Oktober 2011

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Assalammualaikum...salam 1 Malaysia semua...


Pertama sekali, aku nak mengucapkan takziah buat keluarga Penyanyi Veteran Datuk Ahmad Jais yang telah meninggal dunia pada 11 Oktober 2011 (Selasa)..Beliau yang berusia 77 tahun telah menghambuskan nafas yang terakhir pada jam 9.19am di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Allahyarham dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. – Mstar.com.my

Semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan ditempatkan di sisi kekasihnya yang dirahmati. Amin..

Al-Fatihah.



Jumaat, 7 Oktober 2011

Pelakon Adey Syafrien masuk wad ?


Assalammualaikum...Salam 1 Malaysia semua..

Dalam sebuk dengan pembentangan Bajet 2012 di TV ni, sempat juga nak mengkhabarkan berita dari MIG Online bahawasanya seorang pelakon muda yang masih baru dalam industri seni tempatan telah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu kerana terkena demam denggi.

Pelakon yang dimaksudkan adalah Hadrie Syafrien atau Adey Syafrien. Beliau yang memeng watak sebagai Eric dalam drama "Kasih Alia" bagaimanapun telah sembuh dari penyakitnya itu. Walaupun sebuk di lokasi penggambaran filem terbaru "TAIKUN".. Kesihatan juga perlu diutamakan. Semoga beliau cepat sembuh dan akan terus bersemangat dalam career sekarang.

Siti Nurhaliza - Falling In Love (Official Video)





Assalammualaikum...salam 1Malaysia semua..

Nampaknya Dato Siti Nurhaliza telah pun mengeluarkan VC terbaru untuk lagu english pertama yang sedang hangat diputarkan di radio. Lagu yang terkandung dalam album pertama sepenuhnya "All Your Love" yang telah dilancarkan pada 26 September 2011 di Restoran Shook, Gallery Starhill, Bukit Bintang.

VC ini dilakukan di sekitar Pavilion, Bukit Bintang pada 12 September 2011 dan telah mula dipertontonkan pada 05 Oktober 2011 lalu. Memang ramai yang sudah pun melihat dan macam macam Comment yang telah diberikan. Ada yang Positif dan sebaliknya. Jadi, pada korang yang belum sempat untuk lihat hasil VC terbaru Dato Siti Nurhaliza, boleh lah tengok di sini. Sebarang comment boleh diberikan untuk VC terbaru ataupun cara penulisan bolehlah tinggalkan di ruang Comment di bawah..

Selamat terhibur dengan VC terbaru ini..