Khamis, 13 September 2012

iPhone 5 dilancarkan


Assalammualaikum, dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua.

Berakhirnya penantian 12 September 2010 dengan terlancarnya model terbaru iPhone 5 keluaran Apple Inc yang dinantikan seluruh dunia.

Beberapa peningkatan dari segi reka bentuk yang dapat disaksikan pada iPhone 5 yang terbaru ini berbanding dengan keluaran sebelumnya. Dengan reka bentuk yang lebih kemas pasti membuatkan semua peminat setia gajet keluaran Apple tidak akan ketinggalan memiliki model terbaru ini sebagai sebahagian

Spesifikasi yang terdapat pada iPhone 5 terbaru ini adalah seperti berikut : 
Sumber daripada : www.gsmarena.com

General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 - GSM A1428
CDMA 800 / 1700 / 1900 / 2100 - CDMA A1429
3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 - GSM A1428
CDMA2000 1xEV-DO - CDMA A1429
4G Network LTE 700 MHz Class 17 / 1700 / 2100 - GSM A1428 or LTE 850 / 1800 / 2100 - GSM A1429
LTE 700 / 850 / 1800 / 1900 / 2100 - CDMA A1429
Announced 2012, September
Status Coming soon. Exp. release 2012, September 21st
Body      Dimensions 123.8 x 58.6 x 7.6 mm
Weight 112 g
Display   Type LED-backlit IPS TFT, capacitive touchscreen, 16M colors
Size 640 x 1136 pixels, 4.0 inches (~326 ppi pixel density)
Multitouch Yes
Protection Corning Gorilla Glass, oleophobic coating
Sound      Alert types Vibration, propriety ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes
Memory  Card slot No
Internal 16/32/64 GB storage, 1 GB RAM
Data        GPRS Yes
EDGE Yes
      Speed DC-HSDPA, 42 Mbps; HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps, LTE, 100 Mbps; Rev. A, up to 3.1 Mbps
    WLAN Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, Wi-Fi Plus Cellular
Bluetooth Yes, v4.0 with A2DP
USB Yes, v2.0
Camera   Primary 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Features Touch focus, geo-tagging, face detection, panorama, HDR
Video Yes, 1080p@30fps, LED video light, video stabilization, geo-tagging
Secondary Yes, 1.2 MP, 720p@30fps, videocalling over Wi-Fi and 3G/4G
Features OS iOS 6
Chipset Apple A6
Sensors Accelerometer, gyro, proximity, compass
Messaging iMessage, SMS (threaded view), MMS, Email, Push Email
Browser HTML (Safari)
Radio No
GPS Yes, with A-GPS support and GLONASS
Java No
Colors Black/Slate, White/Silver
- nano-SIM card support only
- Active noise cancellation with dedicated dual mics
- Siri natural language commands and dictation
- iCloud cloud service
- Twitter and Facebook integration
- TV-out
- Maps
- iBooks PDF reader
- Audio/video player and editor
- Image editor
- Voice memo/command/dial
Battery Standard battery, Li-Po
Stand-by Up to 225 h (2G) / Up to 225 h (3G)
Talk time Up to 8 h (2G) / Up to 8 h (3G)
   Music play Up to 40 h

Selasa, 11 September 2012

Penantian 12 September

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia diubapkan pada semua pembaca.

Aril pasti seluruh dunia sedang berdebar menantikan detik tibanya tarikh 12 September 2012.

Tapi ada apa dengan penantian tarikh ini.. Korang semua pasti pelik dengan entry kali ini.

Jadi, nantikan sambungan entry ini yang pastinya dinantikan oleh seorang pengikut setia gajet terbaru yang akan dilancarkan esok hari.

Khamis, 6 September 2012

Ashraf Muslim kembali berlakon!

Assalammualaikum, salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua Pembaca Blog saya.



Pengacara dan Pelakon utama drama Ustaz Amirul (Ashraf Muslim), dikhabarkan akan mula bergiat aktif kembali selepas berehat sementara suatu masa lalu akan mula masuk set penggambaran "Aku Bukan Haji" pada 10 September nanti.

"Keputusan untuk kembali berlakon dibuat selepas Klinik Al-Hidayah yang dikendalikan bersama Hj Lokman sudah mempunyai beberapa orang petugas lain," kongsi Ashraf.

Apa yang menariknya mengenai drama yang akan ditayangkan di saluran Al-Hijrah ini adalah drama sulung terbitan syarikatnya sendiri iaitu Al-Hidayah Production. Syarikat produksi ini ditubuhkan bukan sekadar menumpukan pada penerbitan drama, malah juga akan menerbitkan dokumentasi dan program yang lain juga.

Kami akan sentiasa mendoakan agar segalanya akan berjalan dengan lancarlah hendahnya segala urusan yang direncanakan.

Rabu, 5 September 2012

Filem Salam Cinta


Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca Blog saya.


Isnin lalu bertempat di TGV Sunway Piramid telah berlangsungnya tayangan perdana media dan peminat bertuah untuk filem Salam Cinta lakonan Diana Amir, Kamal Adli, Mon Ryanti, Razak Ahmad, Syuk Balas dan ramai lagi. Filem edaran MiG arahan Azahari Zain ini membawa genre romantik islamik. Filem ini mengisahkan mengenai AMIRUL (KAMAL ADLI), seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berfoya-foya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal-hal agama. SHUIB (SYUK BALAS) merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan jayanya.

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan HAJI RAHMAN (ABDUL  RAZAK AHMAD) , seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata. NADIA (MON RYANTI), kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang model terkenal mula berasa bengang dengan perubahan Amirul yang secara tiba-tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman. Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan LAILA (DIANA AMIR), anak Haji Rahman. Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia  yang memusnahkan semuanya. Dapatkah Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul-betul telah berubah? Semuanya akan terjawab dalam filem “SALAM CINTA”. 

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar sekitar sidang media yang trailer filem SALAM CINTA. Jangan lupa untuk menyaksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan anda mulai 06 September 2012.

David Teo bersama para pelakon

Pengarah Azahari Zain

Major (K) David Teo

Barisan Pelakon Salam Cinta

Trailer Salam Cinta


Rabu, 8 Ogos 2012

Penghijrahan Artis Tempatan...

Salam 1 Malaysia untuk semua pembaca Blog nie..

Setelah hampir sebulan mendiamkan diri..kini saya kembali untuk mengutuskan perkhabaran terbaru untuk semua pembaca. Sebenarnya dalam senyap ni dah ramai selebriti tempatan kita yang telahpun menghijrahkan diri mereka bukan ke mana tapi kearah kebaikan...

Dalam beberapa bulan ni sahaja, selebriti kita yang telahpun mendapat petunjuk dengan menutup kepala mereka dalam erti kata lain berhijjab atau bertudung..Antara mereka yang dimaksudkan adalah seperti sedia maklum Ana Rafali, Yatt Hamzah, Abby Abadi dan yang terbaru dan hangat Natasha Hadson juga telah bertudung..Alhamdulillah dengan petunjuk yag diberikan, mereka telahpun menjalankan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang muslimah yang telah disyariatkan untuk menutup aurat mereka.

Ayuh kita ikuti serba sedikit tentang penghijjarah mereka...

1. Ana Raffali
2. Yatt Hamzah
3. Abby Abadi
4. Natasha Hadson

Kita sama-sama doakan agar perubahan yang telah mereka lakukan mendapat ganjaran yang sepatutnya oleh yang Maha Esa...
Natasha Hudson
Yatt Hamzah
Abby Abadi
Ana Raffali

Ahad, 19 Februari 2012

Road Show ABPBH 2011 di SACC Mall



Siri Jelajah ABPBH 2011 akan singgah ke SACC Mall, Shah Alam pada minggu ini (24 & 25 Feb 2012).. Bagi mereka yang ingin bertema dengan artis - artis pencalonan tahun ini bolehlah sama-sama kita serbu mereka di tarikh dan tempat yang telah di war-warkan tadi...

Antara artis/selebriti yang bakal muncul termasuk Zizan Raja Lawak, Adi Putra, Izara Aisyah, Aeril Zafrel, Rozita Che Wan, Eja, Stacy, 6ixth Sense, Meet Uncle Hussain, Forteen, Aizat, Awi Rafael dan Along Raja Lawak.

Selain dari kemunculan selebriti kegemaran korang, bagi yang berbakat dalam nyanyian juga dialu-alukan datang ke ujibakat Bintang Idola Berita Harian peringkat Mall..Peringkat saringan akan diadakan pada hari sabtu (24 Feb 2012), manakala peringkat akhir akan berlangsung pada keesokkan harinya (ahad, 25 Feb 2012). Segala mengenai Siri Jelajah ABPBH di SACC Mall minggu ini boleh lihat di page rasmi ABPBH 2011. *(sini klik ABPBH 2011)

Bagi mengetahui segala yang berlangsung acara ABPBH 2011, korang semua bolehlah follow Facebook dan Twitter rasmi mereka disini agar korang semua tidak ketinggalan mengikuti dan berjumpa dengan selebriti kegemaran korang di setiap lokasi siji jelajah yang akan diadakan nanti..

Isnin, 13 Februari 2012

Uji Bakat Pengacara RTM

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia untuk semua pembaca Blog Aryll ni..walaupun sudah hanpir 2 bulan tidak diselenggara kerana kesibukkan dengan aktiviti harian..

Jadi kali ni, aryll nak share dengan korang semua 1 peluang baik untuk mereka-mereka yang petah dalam berkata-kata dan berpersonaliti menarik untuk datang beramai-ramai ke ujibakat Pengecara baru terbitan RTM pada tarikh dan masa tersebut :

TARIKH : 14 DAN 15 FEBRUARI 2012 ( SELASA & RABU )

MASA   : 9.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG 

TEMPAT : THEATRETTE, TING. 1, WISMA TV, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR

Jadi peluang cerah untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak RTM sendiri..Antara Syarat yang telah ditetapkan untuk mereka yang ingin datang ke ujibakat tersebut adalah seperti berikut : 

WARGANEGARA MALAYSIA
-          BERUSIA DI ANTARA 18 – 35 TAHUN
-          FASIH BERBAHASA MELAYU DAN INGGERIS 
           ( LAIN-LAIN BAHASA ADALAH BONUS )
-          GAMBAR BERWARNA UKURAN POSKAD
-          PROFIL DIRI
-          BERPEWATAKAN MENARIK / BERKEYAKINAN DAN BERKETRAMPILAN PETAH/ SLUMBER /   
           VERSATIL
-          BERPENGATAHUAN LUAS DALAM BIDANG HIBURAN LUAR DAN DALAM NEGARA
-       BERPENGALAMAN DALAM BIDANG PENGACARAAN
Aryll sendiri nak datang untuk cuba ujibakat ni.. Apa salahnya kita datang hanya untuk menguji keyakinan diri kita kan..selagi kita tidak mahu mencuba, selagi itu kita tidak akan tahu kebolehan diri kita..Baiklah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang ini, korang semua boleh terus berkunjung ke laman sesawang RTM di sini.. *(Klik label RTM)