Memaparkan catatan dengan label Shah Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shah Alam. Papar semua catatan

Rabu, 13 Mac 2013

Sepetang Bersama Zizan, Fasha Sandha dan Didie Alias

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..

Bertempat di Dewan N'dah (Medan Ikan Bakar, Shah Alam) semalam telah berlangsungnya majlis Sepetang bersama Zizan Razak, Fasha Sandha, dan Didie Alias. Dianjurkan oleh Kelab Peminat bersama kerjasama Dream Music, N'Dah Catering, Silvana Miracle dan Avon ini meriah dengan kehadiran peminat. Majlis ini boleh dianggap sebagai penghargaan kepada peminat setia yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni mereka dan ini adalah majlis beramah mesra untuk mengeratkan lagi hubungan antara artis dan peminat. Kehadiran Fasha Sandha yang ditemani oleh suaminya (Jejai) mendapat tumpuan hangat kerana Fasha yang sekarang sarat mengandung tampil dengan T-shirt kelab peminatnya sangat bersahaja pada petang tersebut.

Dalam majlis ini juga, peminat dihiburkan oleh Zizan Razak, Kaka Azraff dan Didie Alias. Peminat yang hadir juga bertuah kerana menjadi mereka yang terawal mendengar lagu single terbaru dari MAX 247 bertajuk "PING" ft Lady Didie yang turut dilancarkan EP album mereka semalam. Single terbaru dari MAX247 ini diterbitkan dibawah label mereka sendiri MAX TWENTY FOUR SEVEN EVENT selepas pengunduran dari pihak pengurusan mereka yang lama. Semoga segala urusan mereka akan lancar selepas ini.









Khamis, 4 Oktober 2012

Top 5 AIM19


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..


Bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Maljis Pengumuman Top 5 AIM ke-19 oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang akan berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam pada 17 November 2012 nanti.. Apa yang pasti ianya akan dipancarkan terus kerumah anda menerusi saluran Astro Ria (104) jam 9.00 malam.

Berikut merupakan senarai penuh Pencalonan Top 5 AIM19 tahun ini.

Artis Baru Terbaik
1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
1. Azlan & The Type Writer (Idola)
2. Faizal Tahir (Buta)
3. Hazama (Majnun)
4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
1. Jaclyn Victor (Counting Days)
2. Nora (Doa)
3. Shila Amzah (Patah Seribu)
4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
1. Firdaus (Saat Terindah)
2. Forteen (Seperti Dulu)
3. GX4 (Kerana Kasihmu)
4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

Kulit Album Terbaik
1. Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2. Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3. Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4. Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5. Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik
1. Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4. Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik
1. Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2. Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3. Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4. Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5. Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik
1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Lagu Rock Terbaik
1. Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3. Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5. Bebas (Sam) – The Azenders

Lagu Pop Terbaik
1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2. Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3. Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4. Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor

Lagu Hip Hop Terbaik
1. Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Memo (Yuna) – Yuna
2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3. Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5. Photo Of You (Yuna) – Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
1. Tentang Rasa (Astrid)
2. Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3. Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4. Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5. Aku Kembali (Sammy Simorangkir)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
1. Arman, Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2. Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3. Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4. Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5. AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)

Album Terbaik
1. Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2. Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3. Take Off (Pesawat – Pesawat)
4. SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5. Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)

Berdasarkan Top 5 diatas, kita dapat saksikan pengusaan nominasi Yuna dan Jac telah disenaraikan dalam 6 pencalonan setiap seorang dan kita juga dapat saksikan pengusaan sepenuhnya oleh Ratu Etnik Kreatif kita Noraniza Idris dalam Lagu Pop Etnik Terbaik yang semestinya hak beliau menerusi album barunya yang menampilkan kelima-lima lagunya tersenarai, tahniah aril ucapkan pada beliau kerana terus memertabatkan lagu pop etnik kita.

Walau siapa pun yang korang rasakan layak/pemenang nanti, Aril harap semuanya diterima ramai dan tiada kesilapan berlaku lagi semasa penganugerahan pada pemenang nanti seperti kes tahun lepas. Jadi sama-sama lah kita nantikan keputusannya nanti.