Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

Minggu Timang Anak

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..

Tahniah lah diucapkan kepada beberepa selebriti malaysia kita yang telah pun menimang cahaya mata masing-masing.. Antaranya Datuk Lee Chong Wei (pemain Badminton Negara), Asfan (penyanyi 'Terhenti Disini') dan terbaru Fasha Sandha yang dilaporkan baru sahaja melahirkan anak sulung nya 0921am pagi tadi..

Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini mampu untuk mengeratkan lagi kekeluargaan dan terus bahagia untuk membesarkan anak-anak agar menjadi anak yang membanggakan suatu hari nanti..






Rabu, 13 Mac 2013

Sepetang Bersama Zizan, Fasha Sandha dan Didie Alias

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..

Bertempat di Dewan N'dah (Medan Ikan Bakar, Shah Alam) semalam telah berlangsungnya majlis Sepetang bersama Zizan Razak, Fasha Sandha, dan Didie Alias. Dianjurkan oleh Kelab Peminat bersama kerjasama Dream Music, N'Dah Catering, Silvana Miracle dan Avon ini meriah dengan kehadiran peminat. Majlis ini boleh dianggap sebagai penghargaan kepada peminat setia yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni mereka dan ini adalah majlis beramah mesra untuk mengeratkan lagi hubungan antara artis dan peminat. Kehadiran Fasha Sandha yang ditemani oleh suaminya (Jejai) mendapat tumpuan hangat kerana Fasha yang sekarang sarat mengandung tampil dengan T-shirt kelab peminatnya sangat bersahaja pada petang tersebut.

Dalam majlis ini juga, peminat dihiburkan oleh Zizan Razak, Kaka Azraff dan Didie Alias. Peminat yang hadir juga bertuah kerana menjadi mereka yang terawal mendengar lagu single terbaru dari MAX 247 bertajuk "PING" ft Lady Didie yang turut dilancarkan EP album mereka semalam. Single terbaru dari MAX247 ini diterbitkan dibawah label mereka sendiri MAX TWENTY FOUR SEVEN EVENT selepas pengunduran dari pihak pengurusan mereka yang lama. Semoga segala urusan mereka akan lancar selepas ini.