Khamis, 29 September 2011

Jamuan Rumah Terbuka Media Hiburan

Assalammualaikum...Selamat petang semua...harapkan semuanya sihat belaka..

Semalam (28 Sept 2011) merupakan hari terakhir bagi kita merayakan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan semperna dengan itu, Majalah Media Hiburan telah mengadakan jamuan hari raya yang bertempat di dewan 2, pejabat Media Karangkraf. Majlis yang dihadiri oleh para penggiat seni, penyanyi, pelakon dan pembaca setia yang bertuah telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan jamuan tersebut..Majlis yang bermula pada jam 2 petang dan berakhir lebih kurang jam 5 petang itu di"MC'kan oleh Sudirman (wartawan Media Hiburan) dan turut di gandingkan bersama Roslan Shah..

Sambil menjamu selera, tetamu juga dihiburkan oleh penyanyi dan pelakon terkenal seperti Rafidah, Haiza, Akma AF5, Arora Salwa, Geng Juvana, Kump MAX 24/7, Chomey Fana, Daus, Fazli Zainal, Alif Satar, Shila Amzah dan ramai lagi..Selain dari persembahan pentas, mereka juga mengadakan games "Pop Quiz" yang menggandingkan pembaca dah artis sebagai salingan persembahan pentas.

Memang ramai tetamu yang menghadiri majlis tersebut dan diantaranya adalah seperti Fazley Yaacob, Imran Ajmain, Ainul Aishah, Fazren dan Pasangan, Azwan Ali, Adik Mia Sara, Yatt Hamzah, Marsha, Zenny Salihuddin, Azizi Zakaria, Rini AF, Rizal AF, Siti Nordiana, Maya Matahari, Sasha Basir, Diana Amir, dan ramai lagi termasuk la PR kepada artis tempatan. Di majlis itu juga, mereka telah mengumumkan keputusan akhir pencalonan bagi majlis Anugerah PPMH 2011 yang melibatkan 17 kategori yang dipertandingkan.

Terima kasih kepada geng Media Hiburan kerana menjemput sebagai pembaca setia. So, korang tataplah gambar yang sempat di"Snap" oleh kamera aku ni..

Top 5 - Pencalonan Akhir PPMH 2011










Tiada ulasan: