Isnin, 18 Februari 2013

Perginya pelakon veteran Kuswadinata

Assalammualaikum...salam rindu 1 Malaysia untuk semua..

Setelah sekian lama tidak menaip, kerana kesibukkan menjalani practical di tempat orang.. Kini, masa untuk saya kembali menguruskan blog yang dah agak bersawang... Practical di Ri-yaz Heritage Resort and Spa nie memang mencabar dengan keadaan persekitaran yang agak memberi tekanan yang menyebabkan kekurangan masa untuk meng"update" blog ni untuk korang semua.

Jadi sekembalinya berentap panjang di kitchen ni, saya mulakan dengan berita yang agak menyedihkan atas pemergian Arwahyarham Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi bin Bujang (74) yang menghembuskan nafas terakhir pada 16/02/2013 (Sabtu) pada jam 5:07pm di Hospital Ampang kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kenser kelenjar yang dihidapnya beberapa tahun lepas. Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di ampang sebelum di semadikan.

Selain menghidap penyakit usus, beliau juga menghidap penyakit prostat dan penyakit buah pinggang sebelah kanan yang tidak berfungsi yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air secara normal.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah disana tenang dan dicucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: