Hai kawan-kawan..sedar atau tidak esok merupakan hari terakhir untuk kita berhari raya...hmmm..dan dalam kebisukan aku study untuk final exam ni..nak jugak la aku online kejap kan..yela...kalau study saja pun pening kepala jugak kan..dan dalam best suff internet ni..terjumpa la pulak gambar terbaru si jelita Diana Amir yang telah pun berhijrah kearah positif dengan mengenakan tudung..sejuk saya tengok gambar diana yang dah bertudung ni..dan bila aku check di fb diana amir sendiri pun memang betul yang dia sekarang memang sudah bertudung..menurut RotiKaya.com..gambar yang baru di upload adalah gambar yang terbaru semasa mereka terserempak di pejabat Metrowealth siang tadi.dan aku mengambil kesempatan ini untukmengucapkan tahniah dan mendoakan agar diana akan mengekalkan imej terbaru buat selama-lamanya.
Melalui sumber yang aku dapat dari beberapa blogger dan portel hiburan, Diana Amir start mengenakan tudung pada 19 Sept 2011 dan ianya bermula bila dia selalu bermimpi tentang hari kiamat (seriusly siapa pun akan takut bila didatangi oleh mimpi macam tu kan) dan Portel Murai.com telah mendapatkan penerangan yang panjang lebar dari tuan badan tentang penghijrahan ini.
---------------------MURAI.COM.MY---------------------
“Syukur Alhamdulillah, Diana mula bertudung pada Isnin lalu (19
September 2011). Sebenarnya, Diana bukan berubah hanya kerana mimpi.
Banyak faktor yang menyebabkan Diana untuk tidak berpenampilan seperti
dulu.
“Beberapa bulan lepas, Diana bukannya bermimpi tetapi Diana berfikir
seorang diri sewaktu Diana bersendirian. Ketika itu, di hati Diana
terdetik memikirkan soal kematian. Selepas terbit rasa itu, Diana rasa
insaf dan takut. Memang Diana ada niat untuk berubah sebaik saja
memikirkannya. Namun, rasa itu hilang begitu saja tetapi rasa keinsafan
itu sering saja datang di hati Diana.
“Rasa itu terus dialami sehingga Diana berjumpa sahabat baik Diana.
Alhamdulillah, kawan Diana telah memberikan jawapan di sebalik persoalan
yang dibangkitkan Diana sehingga kawan Diana itu yang berubah lebih
awal yang mana dia pun sudah pun bertudung.
“Dalam penghijrahan sahabat Diana itu, banyak perkara yang Diana
pelajari. Dia banyak memberitahu tentang agama sehingga terdetik lagi
keinsafan dan menyentuh hati Diana.
“Sebaik saja berjumpanya, Diana tidak mampu mengeluarkan sepatah kata
dan hanya diam seribu bahasa. Namun, setibanya Diana di rumah, Diana
terus berfikir mencari kepastian serta mendalami erti sebenar apa yang
disampaikan kawan Diana. Kebetulan pula, Diana juga dikelilingi
insan-insan yang baik. Diana juga mempunyai keluarga angkat yang mana
mereka semua tergolong dari mereka yang warak dan kuat agama.
“Setiap kali Diana bersama keluarga angkat. Diana akan mengenakan
tudung. Dalam masa yang sama, Diana hormat dengan mereka kerana tidak
memperlekehkan sesiapa menerusi luaran saja.
“Mereka sangat baik dan begitu juga dengan keluarga kandung Diana
sendiri. Nekad Diana untuk berubah juga kerana sebagai wanita yang belum
berkahwin, dosa kita ditanggung oleh ayah tercinta. Sebelum ini, ayah
Diana sering saja menasihati Diana. Jadi, mengapa kita nak menghampakan
hati dan perasaan wali kita.
“Permintaan ayah juga menguatkan lagi untuk Diana berubah. Sehingga
sampai satu malam, Diana betul-betul berfikir. Sungguhpun, apa yang
direnangi Diana selama ini sebagai pelakon dan model adalah kehendak dan
minat Diana sendiri.
“Namun Diana tahu, ia banyak melalaikan Diana dalam menjalani
tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. Saya mahu jadi insan
yang lebih baik dan tak mahu melakukan dosa lagi.
“Pertama sekali selepas Diana bertudung, Diana mahu perbetulkan tiang
agama Diana iaitu solat lima waktu. Insya-Allah, Diana akan kuatkan
hati supaya Diana tidak leka lagi. Terus-terang, orang yang pertama tahu
niat Diana ini adalah Mr David Teo. Syukur, selepas berbincang
dengannya, dia banyak mendorong Diana dan menasihati Diana supaya tidak
lupa tanggungjawab terhadap agama walaupun dia bukannya beragama Islam.
Selepas itu, barulah Diana berjumpa dengan Irma Hashmie yang menasihati
Diana supaya sentiasa membaca hadith.
“Mengenai lakonan pula, semuanya itu terpulang pada rezeki. Sama ada
Diana ni bertudung atau pun tidak, lakonan itu adalah rezeki. Diana
berterus-terang, sewaktu Diana nekad untuk berubah, Diana ada
persetujuan untuk berlakon. Namun, Diana tolaknya dengan cara baik dan
Alhamdulillah diterima kerana Diana belum mulakan penggambaran lagi.
“Selepas itu, isteri kepada Aziz M Osman juga ada menghubungi Diana
untuk menawarkan berlakon. Waktu itu juga Diana tolak dan
berterus-terang. Alhamdullilah, pada malam itu juga isteri abang Aziz
telefon semula dan mengatakan bertudung bukanlah satu masalah. Mereka
tetap menawarkan watak itu pada saya dan sanggup menukarkan skrip itu
mengikut diri Diana yang sudah bertudung. Kerana ini juga, Diana rasa
bersyukur dan percaya, rezeki tetap ada asalkan kita ikhlas.
“Diana pun ingin memberitahu bahawa keputusan Diana ini tidak
dipengaruhi sesiapa. Diana buat keputusan sendiri kerana Diana tahu, ia
baik untuk diri Diana. Bertudung bukan saja menutup kepala tetapi Diana
perlu berubah dari segi hati, kelakuan dan macam-macam lagi. Dalam
Al-Quran pun banyak memberi peringatan. Diana juga bertudung bukan
kerana nak kahwin.
“Sampai sekarang ini, Diana sentiasa berdoa dan berharap hidayah yang
diberikan kepada Diana ini berterusan. Diana berharap hidayah ini tidak
ditarik balik. Diana takut sangat. Diana juga berharap, pihak media
tidak membanding foto-foto Diana yang dulu dengan sekarang.
“Kalau boleh, Diana tak mahu lagi melihat perkara yang mengaibkan
itu. Kepada sesiapa yang ingin berubah, biarlah perubahan itu ikhlas.
Segala apa yang dimaksudkan Diana itu ada dalam Surah Annur Ayat 31 dan
Surah Al-Ahzab ayat 59. Di situ adalah tertulis mengenai aurat,” katanya
panjang lebar.
---------------------------------------
Aku selitkan beberapa keping gambar untuk korang tatap gambar terbaru diana Amir yang telah pun bertudung ni..Hope berjumpa lagi dalam next entry aku semasa aku cuti sem nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan