Khamis, 22 September 2011

Filem Al-Hijab

 
Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan..diharapkan korang sihat selalu la yeee...
semalam (20/09/2011) bertempat di Cathay Cineleisure, Damansara..
aku dapat la jemputan untuk ke majlis Pra-tonton filem terbaru arahan Pierre Andre
Filem ni dari skrip, lakonan dan arahan semuanya Pierre Andre sendiri..dan dibarisi oleh pelakon hebat yang lain seperti Nur Fathia, Maimon Mutalib, Nur Albaniah, Aziz M. Osman Dan ramai lagi..

Sinopsis

Al-Hijab ini berskisahkan tentang Rafael (Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram arahan Aziz M. Osman. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss (Nur Fathia) yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss (Nur Abadiah) kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh  Mak Tam (Maimon Mutalib) bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Nak tahu penghujung cerita ini..korang kenelah nanatikan di pawagan yang berdekatan pada 06 Oktober 2011..tapi sebelom korang nak tengok cerita yang sebenarnya..korang tengok la dulu Trailer filem ni..semoga kita jumpa lagi dalam entry aku yang seterusnya nanti..jadi aku harapkan korang semua sudi untuk komen dalam entry aku..supaya aku boleh memperbaiki cara penulisan entry yang akan datang..terima kasih..


Tiada ulasan: