Assalammualaikum...salam 1Malaysia semua...
Semalam kita telah menyaksikan dan mengetahui siapa si gerangan Juara pertandingan anjuran Astro warna. Setelah hampir 10 minggu disajikan akhirnya Juara disandang oleh Orang Lama (OSBON).
OSBON adalah gabungan 2 pelawak lama Mr.OS dan ABON. kedua-duanya memang siapa tak kenal dan gabunagn mereka untuk MLM memang menjadi. Dengan kemenangan RM 350,000 itu akan dibahagi 2 saja lah kan..Menurut perancangan duit yang dimenangi itu Mr.OS, dia akan menggunakan duit itu untuk menyara hidup keluargnya malah apabila ditanya adakah dia akan meninggalkan kerjayanya sebagai pemandu teksi..
“Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan
duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu
supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya
kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini."
“Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana
keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya
akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit
kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil,”
katanya.
Os berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya final MLM
yang menyaksikan kumpulan Boboi muncul naib juara dengan mendapat hadiah
wang tunai berjumlah RM250,000, tempat ketiga Saehu (RM150,000) dan
pemenang keempat Syok (RM50,000).
Pada pertandingan yang menggunakan sistem pemarkahan 70 peratus
daripada para pengkritik dan 30 peratus lagi berdasarkan undian khidmat
pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton itu, Osbon mendapat 31.1
peratus markah, Boboi (29.3), Saehu (22) dan Syok (17.5).
Nampaknya inilah kekuatan Orang Lama, siapa sangka pada mulanya sering mendapat kritikkan panas dari juri Dato Chef Wan, akhirnya mereka mendapat inspirasi untuk mengubah cara lawak mereka untuk yang lebih senang didekati penonton dan pengundi. Kata ABON
“Dalam tiga minggu pertama menyertai MLM kami memang dikutuk
teruk menyebabkan kami terpinga-pinga. Saya mulanya seperti tidak boleh
terima bagaimana seorang tukang masak seperti Chef Wan mengkritik lawak
kami sedangkan dia bukannya pelawak.
“Begitu juga misalnya dengan Zainal Abidin Hassan seorang
pemain bola sepak. Apa yang dia (Zainal) tahu tentang lawak jenaka?
Tetapi kami terima kritikan mereka dengan hati terbuka dan menyahut
cabaran serta kritikan itu bagi menunjukkan bakat sebenar kami,”
jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan