Ahad, 3 Julai 2011

Selamat July untuk semua...

Assalammualaikum...

Hai kawan-kawan..pejam celik, pejam celik dah sampai bulan july kan..
aku rasa macam baru saja tahun baru bulan lepas..
aku sekarang pun dah berstatus mahasiswa balik selepas membujang dari belajar kan..
jadi memang dah kurang lah nak update blog ni macam dulu lagi..
biasa lah, tinggal sendiri, dah la kat rumah tu takda wifi macam kat rumah, 
broadband pun tak bawak lagi kan..jadi, terpaksa lah main/onlaine kat cyber cafe ja sekarang..

Jadi, untuk update entry aku kali ni untuk mengucapkan tahniah la dekat pengantin baru yang baru sahaja diijab kabulkan pada 1 July 2011..siapa lagi kalau bukan Noh & Nina serta Tomok & Ayu..

Dengan sekali lafaz, Tomok (27) selamat diijab kabulkan dengan permaisuri di hati Rahayu Abbas (32) di Dewan Serbaguna AU2 pada jam 9.30 malam. Rahayu menerima mas kahwin RM 300.00 beserta 9 dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM 12,697.11. Memang serba ringkas tapi cantik sekali busana yang di kenakan oleh tomok dan ayu semasa pernikahan berlangsung.

Manakala, Noh (27) juga selamat diijab kabulkan dengan Nina (31)..Pernikahan diorang berlangsung di rumah Mizz Nina sendiri di Ukay Height pad ajam 10.20 mlm dengan 2 kali lafaz. Mizz Nina menerima wang hantaran sebanyak RM 11,111.11, Mas kahwin sebanyak RM 888.88 beserta 7 dulang hantaran yang lain..dan salah satu hantarannya adalah Ipad 2 ...memang terbaik lah diorang ni kan..Pasangan ni memilih United Kingdom (UK) sebagai lokasi bulan madu diorang..memang romantik kan dioran nie..Majlis resepsi akan berlangsung sebanyak 3 kali iaitu pada 3 july untuk tetamu VVIP di Shangri-la Hotel, 5 July untuk rakan rapat dengan pihak media di Double Tree dan yang terakhir untuk kenalan dari pihak Noh dan keluarga dia di sarawak pada 15 July di Miri, sarawak..

Jadi aku hanya boleh doakan agar pasangan pengantin baru ni agar dikurniakan anak yanga solleh, dan kekal hingga ke akhir hayat..Aminn..

Semoga kita jumpa lagi dalam entry aku yang akan datang  la erk kawan-kawan..sebelum tu korang layan dulu gambar-gambar yang aku selitkan dalam entry aku untuk pengantin baru nie okey..

Tomok & Ayu




Noh & Mizz Nina


 

Tiada ulasan: