Isnin, 27 Mei 2013

Citrawarna 1 Malaysia 2013

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua pembaca..

Rasa sudah cukup lama aryll tak update blog untuk semuakan..almaklumlah..sekarang nie walaupun cuti semestar tapi tetap busy dengan komitmen lain..

Citrawarna 1Malaysia baru sahaja lepas pada hari sabtu yang lepas..sebenarnya aryll sibuk untuk pesembahan la..jadi kali nie aryll just nak share dengan korang semua beberapa gambar yang melibatkan tentang sekitar aksi-aksi penari yang menyertai citrawarna tahun ini..









Isnin, 15 April 2013

Minggu Timang Anak

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..

Tahniah lah diucapkan kepada beberepa selebriti malaysia kita yang telah pun menimang cahaya mata masing-masing.. Antaranya Datuk Lee Chong Wei (pemain Badminton Negara), Asfan (penyanyi 'Terhenti Disini') dan terbaru Fasha Sandha yang dilaporkan baru sahaja melahirkan anak sulung nya 0921am pagi tadi..

Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini mampu untuk mengeratkan lagi kekeluargaan dan terus bahagia untuk membesarkan anak-anak agar menjadi anak yang membanggakan suatu hari nanti..






Rabu, 13 Mac 2013

Sepetang Bersama Zizan, Fasha Sandha dan Didie Alias

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..

Bertempat di Dewan N'dah (Medan Ikan Bakar, Shah Alam) semalam telah berlangsungnya majlis Sepetang bersama Zizan Razak, Fasha Sandha, dan Didie Alias. Dianjurkan oleh Kelab Peminat bersama kerjasama Dream Music, N'Dah Catering, Silvana Miracle dan Avon ini meriah dengan kehadiran peminat. Majlis ini boleh dianggap sebagai penghargaan kepada peminat setia yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni mereka dan ini adalah majlis beramah mesra untuk mengeratkan lagi hubungan antara artis dan peminat. Kehadiran Fasha Sandha yang ditemani oleh suaminya (Jejai) mendapat tumpuan hangat kerana Fasha yang sekarang sarat mengandung tampil dengan T-shirt kelab peminatnya sangat bersahaja pada petang tersebut.

Dalam majlis ini juga, peminat dihiburkan oleh Zizan Razak, Kaka Azraff dan Didie Alias. Peminat yang hadir juga bertuah kerana menjadi mereka yang terawal mendengar lagu single terbaru dari MAX 247 bertajuk "PING" ft Lady Didie yang turut dilancarkan EP album mereka semalam. Single terbaru dari MAX247 ini diterbitkan dibawah label mereka sendiri MAX TWENTY FOUR SEVEN EVENT selepas pengunduran dari pihak pengurusan mereka yang lama. Semoga segala urusan mereka akan lancar selepas ini.









Isnin, 18 Februari 2013

Perginya pelakon veteran Kuswadinata

Assalammualaikum...salam rindu 1 Malaysia untuk semua..

Setelah sekian lama tidak menaip, kerana kesibukkan menjalani practical di tempat orang.. Kini, masa untuk saya kembali menguruskan blog yang dah agak bersawang... Practical di Ri-yaz Heritage Resort and Spa nie memang mencabar dengan keadaan persekitaran yang agak memberi tekanan yang menyebabkan kekurangan masa untuk meng"update" blog ni untuk korang semua.

Jadi sekembalinya berentap panjang di kitchen ni, saya mulakan dengan berita yang agak menyedihkan atas pemergian Arwahyarham Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi bin Bujang (74) yang menghembuskan nafas terakhir pada 16/02/2013 (Sabtu) pada jam 5:07pm di Hospital Ampang kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kenser kelenjar yang dihidapnya beberapa tahun lepas. Jenazahnya telah dibawa pulang ke rumahnya di ampang sebelum di semadikan.

Selain menghidap penyakit usus, beliau juga menghidap penyakit prostat dan penyakit buah pinggang sebelah kanan yang tidak berfungsi yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air secara normal.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah disana tenang dan dicucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah.

Khamis, 25 Oktober 2012

Segmen Bloglist Pelangi Me & My Family

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..


Rasanya dah lama juga Aril tak join segmen dari teman-teman blogger Aril ni kan.. Jadi kali ini, Aril join salah satu dari beberapa dari mereka yang menganjurkan segmen masing-masing.

Kali ini, Aril memilih segmen dari teman blogger Aril dari blog pagenya dengan tagline "Me & My Family". Motif sebenar mereka yang menganjurkan Segmen ini adalah untuk bersama-sama mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain disamping menambah follower pada blog masing-masing. Aril tertarik untuk join segmen ini kerana ianya teramatlah senang kerana hanya perlu selitkan banner yang disediakan dan sent link entry segmen ke blognya balik. Itu sahaja.. YESSS diulang "Itu sahaja".

Jadi pada sesiapa yang sudi nak join segmen ini, klik sahaja pada banner pada entry Aryl kali ini sahaja. Untuk siapa yang bertuah juga akan diberikan hadiah dari penganjur ini.

Khamis, 18 Oktober 2012

Wonder Girls Berbaju Kurung.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua..


Aril pasti dikalangan pembaca blog aril ni mesti ada yang meminati group sensasi dari Korea Selatan ni kan..Sungguh ayu dan terpesona Aril bila melihat awek-awek Wonder Girls ni bila mereka mengenakan baju kurung semasa mengadakan persembahan di Konsert Wonder World Tour Live in Malaysia 2012 pada 13 Oktober yang lalu.

Wonder Girls yang terdiri daripada Yoobin (24), Sunye (23), Hyelin (20), Yenny (23) dan Sohee (20) telah mengadakan konsert mereka di Stadium Merdeka dan disaksikan lebih dari 4000 peminatnya..Mereka telah membuat kejutan kepada peminat di Malaysia dengan mengenakan salinan baju kurung semasa mereka menyanyikan lagu "Be My Baby" dan Sepanjang konsert berlangsung, enam persalinan dikenakan oleh mereka.

Aril kongsikan beberapa keping gambar keayuan mereka Berbaju Kurung.





Baca Artikal mereka selanjutnya di SINI.

Selasa, 16 Oktober 2012

Farid Kamil Umum Kahwin 03 November 2012

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..

Khabar gembira dimana seorang lagi pelakon dan pengarah yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis idamannya tidak lama lagi.. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan tunangnya Dianan Danielle pada 03 November 2012..

Berita ini diumumkan sendiri oleh beliau semasa majlis pra tonton filem arahan dan lakonan beliau sendiri Pe3  di TGV, Sunway Piramid malam tadi. Filem ini akan mula ditayangkan kepada umum mulai 18 November 2012.

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan olehNya..